Header Ads

Enam Puluh Empat Tahun Salam Kemerdekaan

ENAM PULUH EMPAT TAHUN SALAM KEMERDEKAANبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Hari terakhir dibulan Ogos. tetapi hari ini adalah hari rakyat Malaysia sama-sama meraikan dan mengenang kisah juga sejarah. Penutup tarih dan hari di bulan Ogos penuh makna untuk kita semua. Ingati dan syukuri. Pertahankan.

Enam Puluh Empat Tahun Salam Kemerdekaan

Salam kemerdekaan. Selamat menyambut Hari kebangsaan seluruh rakyat Malaysia. Apa yang sedang kita kecapi semua atas perit jerit pejuang terdahulu dengan izinNYA. Setiap zaman yang dilalu akan ada kisah dan peristiwa. Terlihat seperti semuanya baik-baik sahaja namun hakikat sebenarnya kita masih lagi tetap mesti berjuang dan mempertahankan tanah air dan bumi Malaysia ini. 

Musuh berbeza. Serangan tidak sama. Strategi sangat ketara. Senjata seperti langit dengan bumi. Tapi musuh selalu ada yang tidak pernah berhenti menyerang dan menyelinap masuk dengan cara yang paling kasar hingga yang paling halus dan terkadang tidak disedari pun oleh kita.

Anak bangsa, teguhkan pendirian. Persiapkan diri tidak hanya dengan ilmu pengetahuan tetapi dengan pegangan hidup bertuhan juga. Pelihara dan pulihara akhlak. Zaman sekarang bukan kekuatan fizikal yang sering dijadikan sasaran utama tetapi kekuatan iman  yang membentengi nafsu dan akal yang sangat mudah hanyut dan hancur.

Semoga enam puluh empat tahun ke depannya ianya mengukir sebaik-baik sejarah. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Enam Puluh Empat Tahun Salam Kemerdekaan

logoblog

4 ulasan:

  1. SALAM MERDEKA SEMANGAT WAJA DEMI NUSA TERCINTA

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    BalasPadam
  3. Wkmsalam
    Hayati erti kemerdekaan

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..