Vaksin Pertama Perdu Cinta Bagaimana Rasanya Ya

VAKSIN PERTAMA PERDU CINTA BAGAIMANA RASANYA YA.  Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Syukur alhamdulillah. Apa yang ditunggu hari ini suntikan pertama vaksin Covid19 telah selamat PC terima dan laksanakan. Dos pertama selamat masuk ke dalam tubuh PC. In sya Allah lebih kurang tiga minggu lagi jika Allah swt izin dos kedua pula. Adakah akan ada doa ketiga dan dos-dos seterusnya lagi. Kita sama-sama tunggu dan lihat ya. Ada atau tidak ada tentu pengumuman akan dibuat oleh pihak sewajarnya menyampaikan. Fuhhhhh. hela nafas dalam-dalam. Paling dalam. 

Lega penantian berhujung kepastian dan jawapan. Tiada niat lain cuma memang niat usaha lindungi diri sendiri dan orang lain juga kerana Allah swt. Allah swt suruh kita usahakan. Bukan tidak percaya dengan takdir Allah swt. Ini usaha bukan mensyirikan Allah swt. TIDAK!!. Hujungnya tetap doa dan tawakal kepadaNYA juga sentiasa. Ke mana lagi mahu sadarkan segala-galanya kalau tidak kepadaNYA kan. Memang itu yang mesti kita lakukan.

Panas terik hari ini. Tekak sangat cepat dan mudah kering. Allahu. Ditambah syarat ditempat PC terima suntikan vaksin ini dimestikan memakai dua lapis facemask, maka mencungap jugalah rasanya. Tidak mengapa, mana yang baik dan untuk kebaikkan kita ikutlah. Mudahkan orang lain moga urusan kita juga menjadi mudah hari ini dan masa akan datang. Aamiin.

Vaksin Pertama Perdu Cinta Bagaimana Rasanya Ya

Teruja nak menaip artikel balik dari terima suntikan vaksin. Tapi kerana sengal pada tempat suntikan dan kawasan lengan selain keletihan yang lebih sedikit daripada biasa maka PC pun bawa rasa teruja nak berkongsi ini waktu malam. Rasa sengal masih ada. Rasa yang lain-lain alhamdulillah setakat hingga saat ini tidak ada. Syukur sangat-sangat. Harap tidak ada apa-apa lagi kesan lain. Aamiin.

Tarikh : 28 Julai 2021
Masa : 11.00 pagi
Jenis vaksin : Pfizer

Untuk suntikan vaksin kedua sudah terima tarikh. Tapi rasa berdebar-debar adakah akan ada suntikan lain lagi seterusnya setelah selesai dua dos yang diterima oleh kita semua. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Vaksin Pertama Perdu Cinta Bagaimana Rasanya Ya 





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama