Atas Landasan Yang Lurus

ATAS LANDASAN YANG LURUSبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sangat bersyukur dan besar nikmat serta tanggungjawab dilahirkan sebagai Islam. Agama indah. Agama yang diwahyukan dan diajar serta disebarkan oleh Nabi Muhammad saw. Allahu. Kita sudah berada atas landasan yang lurus. Jaga betul-betul. Gilap lagi biar lebih mantap dan terang nantinya.

Atas Landasan Yang Lurus

Dalam banyak-banyak nikmat, jangan sia-siakan nikmat Islam dan iman yang Allah swt pinjamkan kepada kita ini. Sangat mahal. Menjadi tiket besar dan indah untuk kita menempah satu kehidupan baharu yang abadi kelak. Dalam setiap doa kita jangan tinggal dan jangan lupa minta agar terus kukuh dengan keimanan ini. Ketika sihat juga sakit. Semasa kecukupan atau kemewahan. Hidup hingga mati. 

Semoga kita selalu berusaha menjadi umat islam yang sentiasa mendasari agama dan tidak hanya mengakui bahawa ya aku beragama islam sekadar dilisan sahaja sebaliknya mempraktikkan gaya hidup Islam yang sebaik-baiknya. Kita adalah duta kepada Al Quran dan sunah Rasulullah saw.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Atas Landasan Yang Lurus

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama