Header Ads

Dua Puluh Empat Jam Tujuh Hari Seminggu

DUA PULUH EMPAT JAM TUJUH HARI SEMINGGU.بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt. Dengan segenap nikmat yang dikecapi tiada satu dan sedikit pun mampu didustakan. Tidak ada. Takdir ada yang sudah menjadi satu ketetapan. Takdir juga ada yang boleh Allah SWT ubah seperti mana usaha,doa dan tawakkalnya kita seorang hambaNYA. 

Sama. Waktu dan hari yang Allah SWT beri sama. Apa yang membezakan cara pengisiannya dan bagaimana mengurus hari serta masa mengikut mahu dan perlunya kita masing-masing seharian sahaja. Ada orang lebihkan dibahagian ini. Orang lain pula fokusnya diperkara yang itu, kerana setiap kita ada citarasa sendiri-sendiri.

Tidak cukup. Apa yang tidak cukup. Waktu atau hari. Terkadang PC sendiri berasa macam tidak kecukupan waktu. Bila difikir-fikir tamaknya aku.Atau mungkin tidak berkat hari ini atau hari-hari yang berasa tidak cukup waktu melakukan sesuatu. Boleh jadi jugakan. Istighfar. Masa sama hari sama cuma Allah tarik nikmat berasa kecukupan itu sahaja. 

Sering mendengar orang mengeluh. Berkeluh kesah.Serba serbi dikatakan tidak cukup. Tidak sempat lakukan itu ini. Jangan menjadi aneh bila sentiasa ada waktu untuk urusan dunia tapi tidak ada waktu untuk Tuhan. Dalam kesibukan yang bagaimana sekalipun tolonglah jangan sisihkan hak Tuhan supaya waktu dan hari-hari yang dilalui mewah keberkatan. Aamiin. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Dua Puluh Empat Jam Tujuh Hari Seminggu

logoblog

6 ulasan:

  1. Semoga kita sentiasa menghargai masa yang ada :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. In sya Allah. Jangan sia-siakan waktu.

      Padam
  2. Semua org ada masa yg sama, bergntung pada kita sendri je sama ada gunakn masa dgn betul atau tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Cara setiap orang mengurus masa tidak sama. Paling penting jangan sia-siakan waktu.

      Padam
  3. Tu ada restoran mamak yang tulis 'Restoran 25 Jam'

    BalasPadam
  4. Masa cepat je berlalu. Satu kaedah, solat di awal waktu, pasti terasa masih ada ruang untuk bertenang..

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..