Header Ads

Inilah Kisah Ada Orang

INILAH KISAH ADA ORANG. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Sekarang kita hidup. Bernafas. Berdenyut nadi. Alhamdulillah. Siapa pun kita dan di mana pun kita sedang berada semuanya dengan izin Allah swt yang mewah dengan rasa kasih sayang kepada setiap hamba-hambaNYA. Terima kasih Allah atas keseluruhan nikmat yang dipinjamkan. Tidak pernah berkurang walau sedikit. kalau kalau berasa kurang itu kerana rasa kurang bersyukurnya seorang hamba yang acap kali terlupa. MasyaAllah. 

Hidup ini saling memerlukan. Sentiasa mahu berdampingan. Akan sentiasa juga perlu berganding bahu. Inilah kehidupan. Aku perlukan kau. Kau perlukan aku. Contoh mudah, segala kemajuan teknologi digunakan untuk menghubungkan yang terpisah dek kerana jarak tempat dan waktu. Haiwan pun ada kumpulannya. Tumbuhan juga membiak daripada induknya. Semua melalui proses pembiakkan atau perkembangan dengan cara masing-masing.

Setiap hari kita berurusan. Kita akan sentiasa berurusan dengan Allah swt. Kita juga sentiasa berurusan dengan orang lain. Jangan lupa kita tetap sahaja akan ada urusan dengan makhluk Allah swt yang lainnya seperti tumbuhan dan haiwankan. itulah kitaran hidup kita. Berkasih sayang satu dengan yang lain. Jagalah hubungan baik dengan Allah swt. Dan jagalah juga hubungan baik dengan sesama kita. 

Bila berkomunikasi atau berhubung dengan sesama kita tidak sentiasa mulus-mulus sahaja. Tidak selalu juga asyik lancar. Tergigit lidah sesekali itu tidak hairan. Terasa hati, panas telinga dan berkecil hati itu juga bukan suatu yang aneh. Level sensitiviti setiap orang tak samakan. 

Inilah kisah ada orang yang berlegar disekeliling kita termasuklah diri kita daripada sudut pandangan orang lain juga. Ada orang masalah orang masalah dia juga. Ada orang masalah dia cukup dia sahaja yang tanggung tidak mahu orang lain terheret sama. Ada orang masalah dia bererti menjadi masalah orang lain juga mahu tidak mahu kau kena terlibat sama dengan aku. Ada orang masalah orang itu dirasakan berpunca daripada diri dia. Ada orang dia yang jadi punca masalah sebenarnya tetapi memilih untuk menuding jari kepada yang lain.

Ada orang-orang ditengah sawah untuk menakutkan unggas. Walau cuma orang-orang tetap ada peranannya. Justeru itu kita ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, maka berusahalah memanusiakan diri sehabis baik. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Inilah Kisah Ada Orang


logoblog

5 ulasan:

  1. Tugas yang tak selesai-selesai... hingga habis nyawa!

    BalasPadam
  2. kena sentiasa beringat..kan PC

    BalasPadam
  3. Ada orang yang berperangai macam bukan orang pun ada

    BalasPadam
  4. ORANG MESTI JADI ORANG BUKKA ORANG-ORANG

    BalasPadam
  5. Macam macam karenah manusia di zaman sekarang ni. Apapun hubungan sesama manusia juga perlu dijaga. Andai ada kata kata yang buat terasa, maaf ye kak :)

    BalasPadam

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..