Belum Tentu

BELUM TENTU

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Ya belum tentu
Hari ini sihat esok pun sihat
Hari ini hidup esok pun hidup
Hari ini ada segala esok tetap cukup semua
Sebenarnya belum tentu juga
Tapi ini yang selalu dilupa
Bukankah semua Tuhan pinjamkan sahaja
Semua Tuhan punya

Belum tentu 
Hari ini gelap esok juga gelap
Hari ini terang esok juga terang
Bila Tuhan mahu ubah
Boleh-boleh sahaja
Asal DIA mahu
Kun Fayakun

Sepanjang hidup bermaksiat
Hujung mati menjadi paling taat
Ya belum tentukan
Awal dan akhiran boleh sahaja berubah
Tidak mustahil 
Tidak pelik

Jangan segera berkesimpulan
Banyak sahaja yang belum tentu
Cuma DIA yang sudah tahu semua
Sedang kita hamba cuma meneka-neka

Belum Tentu
Belum Tentu


Bila sedar ada yang belum tentu
Jangan sisihkan doa
Jangan buang usaha
Jangan jemu tawakkal
Belum tentu bersusah-susah di dunia mencari redhaNYA
Hujungnya syurga
Tapi itu lebih baik daripada terus lagha entah ke mana-mana 
Sudah tahu akhirnya bagaimana

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
belum Tentu

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. belum tentu lagi nak makan apa lunch ni hehehe...
    jom la join sajak by SA... walau belum tentu lagi bole menang tapi suka2 je join :D
    Mesti sajak PC lagi mengancam tu nanti..

    BalasPadam
  2. Betul. Apa pun kita sentiasa buat terbaik dan sangka baik pada Allah

    BalasPadam
  3. Betul tu..belum tentu dalam blogwalking dgn sempurna harini hahaaa^^

    BalasPadam
  4. belum tentu besok kita masih bernafas

    BalasPadam
  5. Terima kasih sis,, saling ingat-mengingatkan sesama kita.

    BalasPadam
  6. Semoga pengakhiran kita dalam keadaan yang baik2 hendaknya.

    BalasPadam
  7. Tak ada apa yang pasti dalam dunia. Teruskan berdoa dan berbuat baik. Moga segala amalan kita Allah redha

    BalasPadam

  8. jangan cepat menghukum jika sesuatu yang belum pasti..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama