Bolehkan Contokan Dan Contohi Yang Baik

BOLEHKAN CONTOHKAN DAN CONTOHI YANG BAIKبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Siapa pun kita tentu ada perilaku baik dan kurang baik yang dilakukan baik sengaja atau tidak sengaja. Memang mungkin berasa tidak kisah mahu lakukan apa pun yang disukai senang cakap ikut suka, selesa atau kepala sendiri. Memang boleh pun. Tapi, jangan pernah beranggapan tidak ada yang melihat, menilai dan menjadi bualan atas apa sahaja yang kita lakukan. 

Tak kisahlah siapapun kita, kerana kita hidup bermasyarakat. Kalau kita duduk di kampung, orang kampunglah perhatikan kita. Kalau tinggal di taman, jiran-jiran setaman atau taman lain pula perhatikan kita. Jangan ingat selebriti sahaja yang sering menjadi tumpuan apatah lagi ahli-ahli politik dan sebagainya yang mempunyai satu status atau kedudukan.

Kita hidup berdampingan. Ke mana-mana pun menenmui ramai orang. Dan mereka kenal atau tidak kenal. Terkenal atau tidak terkenal. Biasa-biasa atau luar biasa akan ada sahaja yang melihat dan menilai itu dan ini apa sahaja yang kita lakukan. Walaupun apa yang kita lakukan itu untuk keperluan diri sendiri. Ingat, sekeliling kita ni sangat ramai yang prihatin. Sama ada prihatinnya jelas atau samar-samar sahaja.

Bolehkan contohkan yang baik. Ala aku bukan siapa-siapa pun. Ala aku orang tak pandang pun. Ala orang tak kenal aku pun. Ala itu ala ini. Memang betullah. Untuk contohkan yang baik-baik tidak perlu menjadi terkenal terlebih dahulu. Kadang orang kenal kita sebab kita telah contohkan sesuatu yang baik walau dalam hal kecil apatah lagi zaman sekarang setiap tangan memegang telefon pintar, baik ke tak baik ke cepat tersebar mudah viral. Tak gitu. jadi, contohkan sahaj yang baik-baik. Kalau ada orang ikut kita dapat juga saham baiknyakan. Secara senyap-senyap.

Bolehkan contohi yang baik. Jangan ikut mana yang tidak baik. Lagi-lagi bila dah tahu apa yang orang itu buat salah. Baik salah dari segi hukum syarak atau menyalahi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan negeri atau negara. Tak kisahlah dia yang buat tu siapa, kalau salah atau tidak betul jangan contohi. Bolehkan contohi yang baik. banyak lagi perkara baik yang kita belum buat. Jadi pilihlah jalan kebaikkan itu.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bolehkan Contokan Dan Contohi Yang Baik

Catat Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama