JUMAAT YANG AKAN SENTIASA MENGUMPULKAN

JUMAAT YANG AKAN SENTIASA MENGUMPULKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Jumaat ketiga dibulan November ini. Alhamdulillah kita masih lagi berpeluang untuk menikmati hari-hari yang sangat indah. Syukur. Cuaca cantik sangat. Tak panas tak juga hujan. Redup. Macam nak hujan pun ya juga kalau tengok langit. Tapi belum tentu jugakan. Tak kisahlah. Hujan rezeki. Panas pun rezeki.

Hari Jumaat dikenali sebagai penghulu segala hari. Setiap kebaikkan berganda ganjaran kebaikkannya. Sebab tu kalau kita perasa setiap hari Jumaat ramai orang berlumba-lumba bersedekah terutama di masjid-masjid terdekat. Berbanding hari lain, hari Jumaat lebih hangat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tahu nikmatnya dan tahu ganjarannya.

Kalau hari-hari lain masjid lengang tapi tidak pada hari Jumaat. Meriah. Penuh. Tapi tetap masih mesti mematuhi SOP yang ditetapkan. Tidak mengapalah asal sudah dibenarkan menunaikan solat Jumaat kan. Dah tak perlu ikut giliran seperti sebelum-sebelum ini. Tak timbul lagi dah isu tendang pagar masjid dan surau kerana tidak dibenarkan masuk untuk solat kerana jemaah sudah mencukupi. 

Jumaat yang akan sentiasa mengumpulkan. Tidak kira di mana-mana pun masjid akan sentiasa penuh. Tidak hanya masyarakat setempat malahan sesiapa sahaja akan berhenti dan hadir menunaikan solat Jumaat bersama-sama. Tambahan sekarang sudah boleh merentas negeri kan. Anak-anak balik ke kampung. Adik beradik balik kampung.. boleh la sama-sama pergi ke masjid. 

Apa sahaja fahaman politik. Apa sahaja status kerjaya. Apa sahaja tahap pendidikan. Bila berada di rumah Allah semuanya mengadap kiblat yang satu. Sama bersujud kepada Allah swt. Semua hamba-hambaNYA. Mengumpulkan sungguh-sungguh. Meredam ego. Merendahkan hati. Untuk DIA. Kerana DIA.

Nanti satu masa, kehancuran alam ini juga akan berlaku pada hari Jumaat. Dan sekarang pun telah terjadi kiamat-kiamat kecil pada hari Jumaat. Kesempatan yang ada gunakanlah bebaik-baiknya. Semoga Jumaat ini tidaklah menjadi JUmaat terakhir untuk kita semua. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
JUMAAT YANG AKAN SENTIASA MENGUMPULKAN 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Penghulu segala hari. Marilah kita berlumba-lumba berbuat kebaikan

    BalasPadam
  2. Jumaat penghulu segala hari.. hari yang penuh dengan keberkatan..

    BalasPadam
  3. Jumaat... Bermulanya dengan dia dan berakhirnya dengan dia. Semoga Allah menerima segala amalan² kita

    BalasPadam
  4. Jumaat mulia bersilih hadir insyaAllah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama