DUA KALI LIMA KALI DUA

DUA KALI LIMA KALI DUAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sama-sama berjumlah sepuluh. Samakan. Cuma yang berbeza mana dahulu. Siapa dahulu sahaja. Biasa dengar orang cakap, tak kisahlah perkara baik ke atau kurang baik ke, asal ada yang membantah atau menyokong, ''alah kau pun sama dua kali lima, lima kali dua juga''. PC selalu dengar orang cakap macam ni. Daripada PC kecil lagi baik itu dilontarkan secara serius atau sekadar gurauan semata. Sekarang PC pun kadang-kadang cakap juga, ''dua kali lima, lima kali dua'' merujuk sesetengah hal atau urusan. Sama ada cuma melawak atau memang tengah berasap telinga dek rasa marah.

Dua kali lima, lima kali dua. Sama-sama. Serupa jawapannya. Kalau diterjemahkan bererti kau, aku sama. Atau dia dan mereka sama. Pusinglah ikut mana pun sama-sama sama. kalau degil sama-sama degil. kalau baik sama-samalah juga baiknya. Sekepala sahaja. Susah mahu dinasihati atau mudah dikawal ikut pada isu dan sebagailah. Dua kali lima, lima kali dua ni tidak cuma pada perkara tidak baik sahaja pun, ada juga perkara baik yang sama-sama dilakukan. Nak lebih mudah kalau dalam kehidupan seharian perangai orang yang ''saling''. Saling menyokong boleh. Saling mengutuk boleh. Situasi macam ni susah nak dirobohkan sebab akan ada pengikit atau penyokongnya yang tersendiri.

DUA KALI LIMA KALI DUA

Persamaan itu bagus dan memudahkan urusan juga tetapi adakala persamaan itu boleh merebahakan. Perbezaan itu boleh menyatukan tetapi kalau tidak pandai bawa diri dan tidak kuat untuk memainkan peranan boleh berpecah dan bertelingkah juga. Seimbangkanlah kehidupan dengan memilih cara hidup yang sederhana dan berlandaskan segenap suruhan dan laranganNYA. Apa sahaja jika ada toleransi dan tidak mengetepikan campurtangan DIA in sya Allah akan baik-baik sahaja. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Dua Kali Lima Kali Dua

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hasilnya sama tetapi perjalanannya berbeza
    5 hanya berjalan 2 kali
    tetapi 2 terpaksa berjalan 5 kali
    untuk hasil yang sama.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama