FIDYAH

FIDYAH. بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Mudah, melancarkan banyak urusan, menjawab banyak kemusykilan dihati dan fikiran tidak kira siapa pun itu, merangkummi segenap aspek kehidupan di dunia dan di akhirat kelak. Perkara yang belum berlaku pun telah dijelaskan awal-awal supaya kita betul-betul faham dan boleh membuat pilihan serta pertimbangan dengan paling sangat-sangat terbaik. Hidup berlandaskan Al Quran dan sunnah juga hadis. Memang bukan suatu yang mudah dan tiada jalan pintas juga ya sebenarnya mahu menjadi hamba yang baik, soleh dan solehah kerana semuanya sangat memerlukan proses yang bertahap.

Jangan berasa selesa dilahirkan dalam Islam. Ianya satu rezeki dan nikmat yang besar dalam kehidupan kita. Namun begitu, walau kita dilahirkan dalam Islam tetap sahaja mesti terus mendalami dan memahami Islam dalam erti kata sebenar sebaik-baiknya. Belajar sepanjang hayat. Dasari selagi bernyawa supaya nanti kita mati dalam keadaan husnulkhotimah, dalam Islam, beriman dan telah bertaubat. Aamiin.

Banyak perkara yang perlu didalami kerana kadang rasa macam kecil sahaja hal itu sebaliknya besar kesannya kepada kita dan keluarga. Contoh mudah macam bab 'fidyah'kan. Nampak mudah je, alah macam boleh diurus dan diselesaikan dengan cepat, ya memang begitu kalau kita cakna akan hal itu. Kalau tidak ianya boleh melarat juga hingga menyusahakan diri sendiri dan waris yang kita tinggalkan setelah kita mati kelak. 


FIDYAH

PC rujuk dan dapat sumber di sini SUMBER RUJUKAN. Kemudian PC olah dengan ayat dan kesesuaian sebagaimana yang PC rasa mudah, selesa dan maklumatnya boleh sampai dengan baik in sya Allah.

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.Hasil bayaran fidyah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Kena bayar fidyah ni bukan suka-suka tanpa sebab atau alasan yang kukuh. Kalau memang kita ada lakukan sesuatu yang mewajibkan kita bayar fidyah maka bayarlah. Tak buat apa-apa takkanlah kena bayar fidyahkan. mesti ada sebab tertentu. Antara sebab dikenakan fidyah seperti berikut

1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Tolonglah jangan sambil lewa bab fidyah ni ya. Tolong sangat-sangat sebab hukumnya WAJIB. Ikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan. Ianya jadi hutang kepada Allah swt statusnya bila fidyah tidak dilunaskan. Kalau rasa tak yakin setelah ada orang lain ingatkan atau nasihat ke macam mana kan, pergilah rujuk dengan pihak yang berwajib. Pergilah pejabat agama berhampiran ke. Atau jumpa dan rujuk pada para ulamak ke. Boleh je. jangan malu. Dan jangan keras kepala dengar atau ikut fatwa orang yang cakap dia sendiri pun teragak-agak tidak yakin.

Macam mana nak kira kadar fidyah yang perlu dibayar

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Fidyah

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. puasa wajib yg tinggal diganti n byr fidyahnya ikut penentuannya kan

    BalasPadam
  2. takut bebenor tertinggal puasa. masa kena covid hari tu abe kie terpaksa tinggalkan puasa Ramadhan sebyk 14 hari. Mujur abe kie lekas2 qadha pd bln syawal. takut pendek umur x sempat byr hutang...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama