PENINGLAH NAK MULA DARIPADA MANA

PENINGLAH NAK MULA DARIPADA MANA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KADANG TIMBUL PERSOALAN. Nak mula daripada mana. Bila fikiran terlau sarat dengan pelbagai perkara yang meahu dilakukan. Atau tidak pun bila diri mungkin sudah tersasar jauh daripada yang sewajarnya. Mungkin juga ketika berada dalam situasi kebingunggan. Peninglah nak mula daripada mana.

Ada masa-masanya kita ni macam lambat nak loading. Otak ambil masa nak proses data atau maklumat dan agak lambat juga nak akses daripada satu neoron ke satu neoran. lebi-lebih lagi bila badan letih. Lagi laaa oii. Terbayang-bayang bantal je la depan mata. Gitu.

Nak mula daripada mana ni. Macam srba salah dan serba tidak kena. Baiklah. Mulakan dengan berdoa. Minta hati dan fikiran tenang dululah. Tak kisah mahu mula daripada mana. Tapi kalau boleh mulakan daripada hal atau perkara yang lebih sukar atau lebih serius terlebih dahulu. Ambil konsep berakit-rakit ke hulu, berenang-rengnag ke tepian, bersakit dan berlelah dahulu, tersenyun dan lapang kemudian. Nampak tak.

PENINGLAH NAK MULA DARIPADA MANA

Tapi, kalau ianya melibatkan dalaman kita, diri kita dengan Allah, hubungan kita dengan PENCIPTA,  kalau ditanya dan kalau rasa pening nak mula daripada mana, jawapannya sangat mudah. Mulakan dengan TAUBAT. sEBUT TAUBAT NI MACAM SENANG JE. Sebenarnya nak istiqhomah tu susah tau. Tapi percayalah, kalau kita amalkan solat sunat taubat, akan ada satu rasa yang susah nak digambarkan. Cuma diri sendiri yang rasa. Cubalah.

Cubalah. Cuba jangan pening nak mula dariapda mana. Kalau mungkin pening sangat, minta nasihat atau tidak pun mulakan sahaja dilembaran yang baharu kalau sudah terlalu berselirat dan bersimpul di mana-mana. Bukan mah mencari jalan mudah dengan sengaja tetapi takut kalau terlalu peninh memikirkan mahu mula daripada mana, takutnya tidak bergerak, tidak lakukan apa-apa dan tidak mustahil tidak akan ada perubahan pada diri. Namun begitu, KENA AMBIL KIRA juga situasi. Ada yang sesuai meninggalkan keserabutan keadaan. ADA pula yang mahu tidak mahu mesti dihadapi walau mungkin dengan berat hati.

Semoga hari ini menjadi satu langkah dan lembaran baharu untuk memulakan apa yang sudah dimulakan dahulu kemudian ditinggalakan, atau sememangnya memulakan daripada awal lagi. Bismillah. Mulakan.

Tinta Perdu Cinta ❤
PENINGLAH NAK MULA DARIPADA MANA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama