PENGHULU HARI MENUTUP TIRAI 2021

PENGHULU HARI MENUTUP TIRAI 2021 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. AKAN TERAKAM DAN TERSEMAT banyak memori diingatan dan hati kita. Sangat banayak hal yang kita lalui. Bermula daripada awal tahun hinggalah detik ini, warna-warnya sukar dijangka. Kita manusia biasa yang sentiasa terima dan didik diri untuk redha. Semoga sentiasa Allah beri rasa syukur, sabar dan tabah dalam diri kita. Sampai bila-bila. 

Disember. Hujan. Banjir. Sukar untuk dipisahkan dan sudah sangat terbiasa. Kebiasaan akhir tahun di musim tengkujuh. Kitaran yang mungkin ada sudah dapat jangkakan dan mungkin ada yang tidak dapat jangkakan. Rasa terkejut sudah pasti. Kecuali bagi yang sudah sangat terbiasa dengan banjir mereka akan lebih kuat mental, emosi dan fizikal untuk menghadapi situasi banjir yang melanda. Dan sehinnga kini masih lagi ada kawasan yang mengalmi banjir. Ada yang masih dalam proses pembersihan kediaman dan alhamdulillah juga ada yang sudah dapat menyelesaikan semua dengan baik perlahan-lahan. Syukur.

PENGHULU HARI MENUTUP TIRAI 2021

Musibah. Ujian. Karma. tak kisahlah apa pun persepsinya, tiada sesuatu yang sia-sia daripada Allah diberi kepada hamba-hambaNYA. Bermula daripada sekecil-kecil nikmat dan ujian hinggalah daripada sebesar-besar nikmat dan ujian. Akan ada asbabnya dan tentu sekali akan ada hikmahnya. Ada orang diuji dengan banjir. Ada orang lain lagi diuji dengan penyakit. Orang lain pula diuji dengan nikmat kemewahan. Tidak sama tapi tujuan Allah sama, MAHU KITA KEMBALI MENCARI DAN INGAT PADANYA.

Indah, penghulu hari menutup tirai 2021. Kalau siangnya ditutup penghulu hari, jangan cemari dengan menyambut kehadiran lembaran baharu dengan hal yang tidak-tidak. Bukan bererti tidak boleh merai. Bukan bermakna tidak boleh bergembira. Bukan macam tu, tapi adalah lebih baik selalu berjaga-jaga. Cakna dengan situasi terkini di negara kita apatah lagi COVID19 belum sepenuhnya bersih daripada muka bumi ini. Malahan timbul lagi varian baharu. VARIAN OMICRON.

Kalau dirasakan sudah cukup berat ujian atau beban yang kita tanggung, percayalah ada orang lebih berat lagi dugaan yang perlu dia tempuhi. Garis waktu dan catatan takdir setiap kita tidak sama. Persamaannya adalah, Allah uji sekadar mana kemampuan hamba-hambaNYA.

Tinta Perdu Cinta ❤
PENGHULU HARI MENUTUP TIRAI 2021


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama