SELESAI 365 HARI DITAHUN 2021

SELESAI 365 HARI DITAHUN 2021بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Hari ini 31 Disember 2021, bererti hari ini adalah hari terakhir ditahun ini. Ya Allah. Penutup 2021. In sya Allah malam ini tepat jam 12 malam sudah tentu masing-masing akan menantikan detik 12 malam untuk masuk ke tahun baharu 2022. MasyaAllah. Tetap melangkah ke tahun baharu cuma rasa dan suasana yang jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semua sedia maklum Dan semua sama-sama merasai rasa ini.

SELESAI 365 HARI DITAHUN 2021

365 macam besar je angkanya. Macam lama sangat je mahu dilalui hari demi hari, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Masa terus berlalu dengan sangat pantas. Cepat sehinggakan terkadang berasakan apa yang telah aku lakukan semalam dan hari ini. Apa yang mahu aku lakukan esok. Eh dah masuk lagi hari yang baharu. Sudah berlalu lagi jam-jam yang terus berputar. 

Tahun ini tahun mencabar. Kesinambungan daripada tahun sebelumnya tetapi lebih berat dan lebih besar rasa yang perlu ditanggung kita semua. Banyak juga air mata yang tumpah dan hati yang pilu menanggung beban rasa. Kadang ada rasa takut mahu mengeluh berlebihan. Ada rasa bersalah mahu berkata itu dan ini kerana takutnya hujung-hujungnya  seperti menyalahkan Tuhan atas semua apa yang terjadi. Nauzubillah. Sedang sebenarnya tidak begitu mahu dan tujuannya.

Hari ini hari terakhir ditahun ini. Boleh jadi sudah banyak apa yang direncana sudah terlaksana. Dan boleh jadi juga cuma sebahagian kecil yang berjaya dilaksanakan. Apa pun itu jangan pernah berhenti berusaha dan teruskan lagi langkah sampai apa yang dimahu Allah restu. Jadikan guru terbaik apa sahaja pengalaman lalu itu. Ke dapan nanti terus bersedia dan berjuang lagi pada tahap yang paling terbaik sedaya dilakukan. 

Selamat tinggal 2021 yang mewah warna dan cerita. Selamat datang 2022.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
SELESAI 365 HARI DITAHUN 2021

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. SALAM TAHUN BARU PC 022 MOGA TIASA AFIAH SEJAHTERA BERSYUKUR NIKMAT KARUNIA-NYA ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  2. happy new year. may you achieve this year's resolution. May this new year bring us all lucks and happiness...

    BalasPadam
  3. kejap je plak rasa 2021 ni kan... dah nk masuk 2022...
    Selamat Tahun Baru PC hehehe... semoga tahun baru akan lebih ceria dan yang baik2 aje

    BalasPadam
  4. Itulah 365 hari sudah berlalu rasa macam baru sangat lagi sambutan tahun baharu 2021 yang lalu. Subhanallah masa terasa semakin cepat. Didoakan buat rakan-rakan blogger agar tahun baharu 2022 lebih baik dari tahun sebelumnya dan dirahmatiNYA sentiasa.

    BalasPadam
  5. Tahun 2021 ni la rasanya yang paling cepat berlalu, semoga 2022 membawa kegembiraan buat kita.

    BalasPadam
  6. 2021 macam cepat sangat berlalu pergi
    dah cukup 365 hari rupanya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama