DULU TIDAK DIPANDANG SEKARANG BOLEH BAWA PERANG

DULU TIDAK DIPANDANG SEKARANG BOLEH BAWA PERANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Sejuk baharu lepas hujan. Syukur Allah masih izin PC berkongsi diblog ini. Rasa-rasa macam nak hujan lagi dah ni. Ada guruh pun ya juga. Mendung macam ni teringat secebis memori manis daripada banayak yang main lainnya.

Kecilnya PC hidup di kebun. Sangat dekat dengan kebun. Ikut arwah atok dan nenek berkebun. Cuti hujung minggu ke, cuti sekolah ke memang akan ke kebunlah kalau PC ni. Mula-mula jadi peneman tapi lama-lama bila semakin besar dan dah mula faham untuk bantu, memang jadi peneman dan pembantu pulak. Seronok. 

Jangan pergi mana-mana.
Jangan pegang pokok sembarangan.
Jangan main poko keladi.

Ada banyak jangan dan pesanan daripada arwah atok dan nenek. Lagi-lagi pokok keladi memang dilarang keras untuk didekati dan dipegang. Dalam kebunkan mesti ada bermacam jenis pokok keladi. Pulak kebunnya alhamdulillah bersih jadi mudah nak nampak pokok-pokok keladi yang tumbuh subur. Lagi la tengok daun pokok keladi yang lebar-lebar. Lagi satu PC suka daun pokok keladi tu sebab bila ada air menitis atau titiskan air kan daunnya tak basah. Hehehehehe.

Itu dulu. Dulu tidak dipandang sekarang boleh bawa perang kalau bab pokok keladi ni. Sekarang semakin ramai yang menggemari pokok keladi hidup untuk dijadikan hiasan keliling rumah. Kadang sampai dalam rumah pun ada juga diletaknya pokok keladi sebagai hiasan. Comel je. Ada macam-macam jenis. Pelbagai corak dan warna. Sanggup berhabis duit. Sanggup masuk kebun mencari. Huhuhu. Dan jangan pelik kalau boleh jadi perang laki bini oii gara-gara pokok keladi.

DULU TIDAK DIPANDANG SEKARANG BOLEH BAWA PERANG

Keluarga PC pun masing-masing ada yang buat koleksi. Mertua PC pun ada juga tanam pokok keladi hiasan ni. Pakusu makusu PC sekarang tengah menggila mereka kumpul pelbagai jenis pokok keladi. Rumahnya pun dah macam tapak semaian pokok keladi. Kikikiki. Bila tengok pun jadi rambang mata.

Begitulah hidup ini. Kadang dulu tak dipandang pun sekarang dicari-cari dan ada harganya.

Tinta Perdu Cinta ❤
DULU TIDAK DIPANDANG SEKARANG BOLEH BAWA PERANG 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Pokok keladi semakin tinggi harganya sekarang. Cantik corak daun aglaonema ni :)

    BalasPadam
  2. Rumah sy macam-macam jenis pokok keladi ada, memang sejak dulu lagi tanam tapi tak sangka sekarang viral benar isu keladi ni ye

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama