SIAKAP MASAK STIM LEMON MATA KENYET KENYET

SIAKAP MASAK STIM LEMON MATA KENYET KENYET | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Siakap laut. Siakap kolam (bela). Ada dua jenis. Ikan siakap harganya tak tentu. Ikut tempatlah. Dan ikut sama ada siakap laut atau siakap bela di kolam. Pilih sahaja. Beli ikut mahu dan kemampuan. Ada juga yang pancing sendiri. Tak kisah mana-mana pun boleh.

SIAKAP MASAK STIM LEMON MATA KENYET KENYET

Masak asam pedas sudah. Masak lemak cili api pun sudah. Masak tiga rasa kerap juga. Siakap stim yang belum. Lepas ni nak masak kari pulak. Maka masaklah siakap stim lemon. Masak kali pertama kurang masam. Masak kali kedua masam sikit je. Masak kali ketiga disuruhnya tambahkan sikit rasa masamnya. En suami.. en suami. Penyudahnya kerana ikut permintaan, masam lemon tu buat mata kenyet-kenyet. Mata PC ya. Hahahahahah. Tapi habis. Kuahnya pun licin. Nanti masak lagi masamnya nak macam ni tau. Ya Allah.

Begitulah selera dan citarasa manusia.

Ikutkan sajalah.

Tinta Perdu Cinta ❤
SIAKAP MASAK STIM LEMON MATA KENYET-KENYET


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. siakap stim mmg fav tp kalau masam2 sgt tk suka hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya stim lemon. Makan panas panas dengan nasi panas, habis nasi ratah ikan pulak :)

    BalasPadam
  3. Hihihi, sama dengan husband sy, lagi masam lagi dia suka.

    BalasPadam
  4. yang tengok ni pun dah kecur air liur hehe

    BalasPadam
  5. panjang betul nama resepinya. betullah, kalau masam memnag terkenyit-kenyit mata. tapi rasa masam selalu membangkit selera

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama