SERONOK PULA TENGOK ANAK-ANAK JIRAN MAIN BADMINTON | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Apa yang kita lihat bila ada yang mengena dengan memori silam tidak dapat dimungkiri ingatan kembali segar mengenang apa yang terlah dilalui. Kadang boleh berkhayal dan diheret ke kisah dulu. Semuanya menjadi sangat jelas pada pandangan mata dan sangat jelas pada minda. Cepat sahaja proses lempar belakangnya walau sudah bertahun-tahun berlaku dan berlalu. Allahu.
Seronok pula tengok anak-anak jiran main badminton. Meriah sangat. Kadang daripada siang, di bawa hingga ke waktu malam. Kalau hujan memang sepilah. Tapi kalau tidak hujan memang meriah dengan gurau senda dan kedengaran pukulan bulu tangkis yang tidak berkesudahan. Nikmat. Cuma berbekalkan cahaya lampu jalan sahaja itu pun sudah menghidupkan suasana. Mengisi masa kanak-kanak dan remaja. Bagus.
Ada yang prefesional. Ada yang amatur. Ada tukang sorak. Ada tukang kutip bulu tangkis. Ada yang cuma duduk tepi senyap sepi cuma kepala ke kanan ke kiri ikut ke mana jatuhnya bulu tangkis. Ada tukang kira. Allahu. Wahai anak bangsa, teruslah hidup dengan gaya hidup yang baik dan sihat. Baik pergaulan. Sihat akal dan jiwa. Kalin pelapis bangsa. Penerus agama dan peneraju negara kita.
Tumpang senyum dan ketawa. Senyum bila ingat dulu-dulu zaman PC main badminton dengan kawan-kawan. Bulu tangkis asyik sangkut atas bumbung rumah je kerjanya. Bila tengok anak-anak jiran main badminton ketawa tengok gelagat mereka sesama sendiri dengan bermacam gaya nak jadi juara. Nak join sedar diri dan tua. Halamak.
Mungkin hari ini mereka main sekadar suka-suka. Siapa tahu akan datang menjadi juara mengharumkan negara. Nasib dan rezeki tidak siapa mampu menduga. Semua atas izin yang MAHA BERKUASA.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
SERONOK PULA TENGOK ANAK-ANAK JIRAN MAIN BADMINTON
Tags:
Santai
kecik2 dulu tak pernah main badminton sebab tak mampu nak beli reket dam bulu tangkis
BalasPadamAduh!! Lama tak main badminton.. Aktiviti petang yang menyeronokkan..
BalasPadam