BERKONGSI MAKANAN SUAMI ISTERI

BERKONGSI MAKANAN SUAMI ISTERI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SESIAPA sahaja jika tidak keberatan boleh berkongsi. Tapi kali ini PC tertarik sangat mahu berkongsi atau memberi pendapat sendiri berkaitan berkongsi makanan suami isteri. Tidak tahu kenapa sebenarnya sudah beberapa hari ini PC asyik terfikir tentang berkongsi makanan suami isteri ni. Nak dijadikan artikel tapi PC cuba elak. Bermonolog sendiri ''kenapa ini yang asyik terlintas dihati dan fikiran''. Rasa macam satu beban selagi tak ditumpahkan diblog ini. Sebelum itu, PC yakin semua ini atas izin Allah. Mana mungkin PC boleh berkongsi sesuatu tanpa Allah mahu. Aamiin.

BERKONGSI MAKANAN SUAMI ISTERI

'Mama dah siap masak, Jua makan dulu' - Mama. Satu perangai mama yang PC perhatikan daripada PC kecil, kanak-kanak, remaja, dewasa dan sampailah sekarang, mama sebolehnya mesti tunggu babah kalau nak makan. Jadi dulu bila dah siap masak mama akan suruh PC makan dulu. Kalau mama lapar sementara tunggu babah balik kerja, mama akan alas perut dengan biskut atau makan makan ringan sahaja dulu. Kerepek ke, keropok ke.. minum air suam-suam. Tapi sekarang bila babah dah bersara mama tetap juga akan tunggu babah bila nak makan. Nak makan sama-sama. Kalau PC balik kampung, PC masak, babah tak ada di rumah pun mama akan suruh kami makan dulu. Adalah tidak mungkin. Jadi kami tunggu dan makan bersama-sama.

Bila PC berkahwin, PC lihat cara yang sama mak mertua PC lakukan pada abah. Tak kisahlah anak-anak yang masak, atau mak yang masak, bila dah siap masak mesti akan suruh anak-anak makan dulu kecuali abah ada di rumah, terus makan sama-sama semua. kalau tidak memang akan tunggu abah. Anak-anak tak langsung akan ikut tunggu juga.

Lama-lama tak boleh tahan PC buka suara. Tanya setiap rasa yang selama ini disimpan dan dalam masa sama PC pun praktikkan bila sudah berkahwin. PC tanya mama dan emak mertua kenapa mereka tunggu suami nak makan sama-sama walau dah selesai masak awal, walhal suami masing-masing dah izin mereka makan pun dan tak perlu tunggu. Termasuk en suami PC pun selalu pesan, 'abang kerja, sayang dah siap masak, jangan tunggu abang, sayang makan je dulu'. Tapi tak boleh. Tak pandai. Mesti nak tunggu juga. Ada satu rasa kepuasan bila tunggu dan makan sama-sama.

Bila PC rasa lapar alas perut la makan roti ke, minum milo ke. Ok berbalik pada rasa yang PC simpan kemudian tanya pada mama dan emak kenapa makan nak tunggu babah dan abah, jawapan mereka mudah sangat, ''mereka keluar dari awal pagi cari rezeki lebih berat, berbanding isteri menanti dan tahan sikit rasa lapar sementara suaminya balik nak makan sama-sama, selain rasa sayang dan hormat''.

Berkongsi makanan suami isteri. Nabi Muhammad saw pernah minum digelas yang sama dibekas mulut isteri baginda Saidatina Aisyah. Romantisnya nabi. Atas kehendak baginda sendiri tanpa isterinya minta kerana mahu menunjukkan rasa kasihnya baginda.Semua ini pendapat PC. Maaf ya kalau mungkin ada yang kurang atau tidak bersetuju. Berkongsi makanan. Suami isteri. Bersama-sama. 

Sudut pandang PC mungkin berbeza dalam bab suami isteri berkongsi makanan atau minuman. Memang ada pasangan yang suka berkongsi makanan. Tak kiralah makan di rumah atau ketika makan di luar, di warung ke, restoran ke, di hotel ke. Tak kisahlah. Romantis mungkin, jimat juga mungkin. PC pun adakala suka berkongsi makanan dan minuman dengan encik suami begitu sebaliknya. 

Sama-sama. Berkongsi ada tatacara dan adabnya. Sesudu awak sesudu saya. Seteguk awak seteguk saya. Suami isterikan. Boleh-boleh sahaja. Dah kongsi macam-macam pun kan. Ermmm tak hairankan. Cuma baik isteri atau suami jangan biasakan beri sisa kepada satu sama lain. Maksudnya, kongsi, tapi isteri makan dulu suami tengok, bila dah tak habis baki dan sisa isteri makan tu beri pada suami suruh suami makan dan habiskan. Sama juga dengan suami, awak makan sungguh-sungguh, isteri tengok je dulu, bila awak dah kenyang dan dah tak nak lagi baru beri pada isteri suruh isteri makan dan habiskan. Kita makan, baki yang tertinggal kita tak nak lagi tu PC anggap sisa sebab dah bekas kita. 

Adalah lebih baik, kalau nak kongsi, beli sepinggan secawan, minta lagi satu pinggan dan cawan kosong. Kemudian bahagilah ikut cara dan keinginan masing-masing. Kalau pun tetap nak makan sepinggan minum secawan, makan tu sama-sama. Saing sorang sikit. Jangan suami atau isteri dan makan bersungguh, bila dah tak nak baru sua ke suami atau isteri masing-masing. Hormat pasangan ketika menikmati hidangan pun sangat perlu.

Sedihnya bila, ''abang makanlah ni, saya dah kenyang, dah tak mau lagi, baki ni abang makan la habiskan''. Sedih tak. Kalau macam ni. Sama jugak kalau suami buat pada isteri. Kata kongsi. Tapi hujung yang diberi baki dan sisa. janganlah macam tu ya.

Maaf ya, panjang pulaknya artikel dan perkongsian PC ni. Maaf juga kalau mungkin ada yang tidak sependapat. Setiap orang ada pendapat, pendirian dan prinsip masing-masing, dan ini pendapat PC.

Tinta Perdu Cinta
BERKONGSI MAKANAN SUAMI ISTERI


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. bagus jugak buat luahan begini. buat orang muda kenali adab dengaan suami. Terima kasih PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya. Sebab istilah berkongsi dengan beri sisa itu berbeza sebenarnya. Kesian pasangan.

      Padam
Terbaru Lebih lama