BLOGGER TERUSLAH BERKARYA

BLOGGER TERUSLAH BERKARYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SUMBANGAN DAN PELABURAN. Boleh jadi untuk jangka pendek dan boleh jadi untuk jangka panjang juga. Percayalah. kepuasan dan satu rasa motivasi. Sumber rezeki baik sepenuhnya atau sampingan. 

Niat mesti betul. macam mana pun mesti berbalik pada niat. Kalau dah tersasar pun bila sentiasa ingat niat, perlahan-lahan akan kembali semula ke acuan asalnya. Blogger pun kan manusia biasa. Terkadang perlukan masa untuk mencari rentak yang baharu. Ada meneruskan rentak lama dan tidak kurang mahu mencuba sesuatu yang babharu dan lain. Mengapa tidak. Ber'eksperimen' tidak salah dan tidak merugikan seorang blogger itu.

Ilmu yang ada sangat banyak dan sangatlah luas. Blogger teruslah berkarya. Setiap artikel itu luahan rasa. Pengalaman juga. Aktiviti seharian yang dilaksanakan. Kesudian berkongsi ilmu yang dimiliki. Ada banyak input blogger boleh kongsikan menjadi tatapan dan bahan ilmu untuk orang lain.

BLOGGER TERUSLAH BERKARYA

Kongsi hal yang baik, orang amalkan kebaikkan itu, patah balik pahala  kebaikkan itu kepada kita berganda-ganda in sya Allah. Yelah, pahala dengan dosa ni kita tak nampak. Tapi ada. Sentiasa mengalir. Selalu direkod. Kita tak tahu hari ni apa yang banayak. Pahala ke dosa. Jadi, selagi boleh kongsi hal baik, kongsikan jelah dengan senang hati.

Ada yang sudi baca atau tidak itu belakang cerita. Buat semampunya dan yang paling terbaik. In sya Allah nanti Allah susun dan rezekikan yang terbaik untuk apa yang kita lakukan. Niat kerana Allah. Sungguh-sungguh. Minta Allah bantu kita. Nak ada idea yang baik dan lancar, nak orang suka baca apa yang kita kongsi, semua minta dengan Allah. Sebab hati kita semua Allah yang jaga. Rasa suka. rasa tak suka, rasa selesa, rasa tak selesa pun semua daripada Allah. 

Blogger, teruslah berkarya. Yang baik-baik. Kalau dividen daripada duit yang kita simpan bertambah, itu nyata di dunia. Seronok kitakan bila duit simpanan bertambah dalam akaun. Harapnya nanti kita kat akhirat lagi berganda rasa happy, ada pahala daripada usaha kita menjadi seorang blogger masa di dunia. Allahu. Kalau mungkin orang lain, rezeki pada Google Adsense, review dan sebagainya lebih rancak berbanding kita, tak apalah. Rezeki setiap kita kan tak sama. Ada lebih ada kurang. Ada dulu ada kemudian. Jangan sedih ok. 

Terus gandakan usaha. Terus berkarya dengan lebih baik dan semangat. Rajin bertanaya dan membaca. Cari sahabat-sahabat blogger yang boleh membantu. Ada ramai sahabat blogger yang baik-baik sentiasa terbuka untuk membantu. Mungkin hari ini kita minta bantuan orang lain, setelah itu sematkan dalam hati kita pula MESTI  bantu orang lain. In sya Allah.

Tinta Perdu Cinta ❤
BLOGGER TERUSLAH BERKARYA 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. mama setuju, teruskan lah. jadikan blog sebagai satu sumber utk meraih pahala

    BalasPadam
  2. Insha Allah TTC. Niat nak menulis tu masih ada, cuma kadang kekakangan masa dan simptom 'M" melanda ;)

    BalasPadam
  3. kalau dulu main hentam keromo jer bila menulis tapi bila kita dah ada ilmu, bukan hanya tutur kata yang akan dipersoalkan tapi setiap bait ayat yang kita keluarkan di media sosial turut jadi hitungan, maka menulislah dengan baik-baik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama