SEPAKAT MUAFAKAT BERKAT

SEPAKAT MUAFAKAT BERKAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Pertamanya daripada hati dan akal
Menjadi titik pertama paling awal
Sesiapa pun di mana pun
Kita mesti sepakat 

Biasa-biasa 
Tidak biasa
Akan ada kelompoknya
Kita semua
Mesti muafakat
Muafakat erat-erat

SEPAKAT MUAFAKAT BERKAT

Apa yang mahu lagi dicari
Apa lagi yang hendak digali
Apa sahaja yang diidami
Jangan menyisihkan
Carilah berkat yang mewah keberkatan 

Baki usia yang rahsia
Tidak tahu
Tidak bocor
Rapat tersirat 
Entahkan esok
Entahkan lusa
Boleh bila-bila masa

Bila ALLAH berkehendak 
Tidak cepat
Tidak lewat
Tidak sia-sia
Teratur rapi
Dan hamba jangan mendahului

Jangan bazirkan waktu 
Sama-sama sepakat
Sama-sama muafakat
Mewah berkat sejagat

Tinta Perdu Cinta ❤
Sepakat Muafakat Berkat

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama