BURUNG PUN MANDI HUJAN

BURUNG PUN MANDI HUJAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BILA  telefon kampung mama kata kat kampung hari-hari hujan. Tak pagi, malam hujan. Nikmatnya. Babah pun tak perlulah isi air dalam tempayan duna air paip, tadah je air hujan. Bila tanya mertua pun mak kata hujan, seronok tak payah siram pokok bunga. Dapat air semulajadi katanya. Betullah tu. Alhamdulillah.

Kawasan tempat tinggal PC ni pulak rasanya lama tak hujan. Dua minggu ada tak hujan. Memang panas terik, rasa berbahngnya sampai ke malam. Badan sentiasa berpeluh melekit. Kerap mandi baharulah rasa selesa. Tetap bersyukurlah. Alhamdulillah. 

Hari ni alhamdulillah hujan. Kejap lebat kejap tidak tapi berterusan. Syukur sejuk rasanya. Seronok bila dengar rintik hujan atas zink rumah. Damai. Cuma takut sikit sebab ada angin kuat. Jira ada gantung angklung dianjung rumah. Semakin kuat angin semakin kuat dan rancak bunyi angklungnya. Irama yang indah. Sungguh.

Bila hujan ni pokok-pokok nampak segar sangat-sangat. Paling seronok tengok burung-burung ada banyak sengaja tadah badan biar kena hujan. Dia sama dia main hujan. Bertenggek atas pokok ramai-ramai mandi hujan. Comel je. Suka pulak tengok. Dah tu riuh bunyi bernyanyi mereka.

GAMBAR HIASAN - KREDIT

Kalau burung pun rasa gembira apatah lahi kita manusia. Syukur sangatlah. Bahagia juga. Semalam ada pekerja baharu potong rumput. hari ni kena hujan bau rumput kena hujan tu seronok pulak. Macam duduk tepi pada sekolah yang rumputnya baharu sudah dipotong. Ha gitulah. Lagi la ada angin sepoi-sepoi bahasa. Terima kasih Allah. Nikmat dan ujian bersilih ganti. Semoga kita sentiasa ingat semua daripadaNYA.

Tinta Perdu Cinta
Burung Pun mandi Hujan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kat tempat Kak Sue nie tak menentu, kejap panas terik, kejap macam mendung. Pastu belah malam tetiba angin kuat sangat, macam nak hujan lebat.. tapi kejap je hujannya..

    BalasPadam
  2. Samalah, PC. Di kawasan saya pun sudah lama tidak hujan. Panas membahang je...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama