LONTONG DARAT

LONTONG DARAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. LAMA tak makan lontong darat. PC panggil lontong darat. Mungkin orang lain ada panggilan lain atau nama lain untuk lontong darat ni. Sebabnya bila PC cakap lontong darat ada kawan PC yang tak tahu. Bila tunjuk dia cakap owh ini lontong kering berlauk. Betul jugalah sebab lontong biasa tu berkuh lodeh kan. Ada kuah dan basah. Itu pun ada kata lontong basah sebab berkuah. Ikutlah mana-mana pun ok je.

Lontong darat ni kadang sesetengah kedai sediakan banyak lauk pauknya. Oleh kerana lama tak makan encik suami belilah lontong darat. Baharu beberapa hari sembang, mana nak cari lontong kering. Sekali adik ipar PC bagitahu abangnya kat kawasan kami ni ada kedai makan macam cafe gitulah baharu buka jual menu massakan Johor. 

Kami yang duduk sini pun tak tahu, adik ipar boleh pulak dia tahu. Biasalah bila masing-masing suka makan, maka suka juga cari tempat makan menarik tak kiralah untuk kawasan sendiri atau kawan tempat tinggal adik beradik. Hahaha. Bagus.. bagus. Bila dah tahu pergi, beli dan cuba. Kalau ok kena dengan tekak in sya Allah ulang lagi. Kalau tidak maka sekali itu jelah pun pergi dan cuba makannya.

Ini bukan review berbayar tau. Sebab suka dan kena dengan selera kami ditambah dengan harga, kualiti dan kuantiti yang sepadan, maka PC kongsikan je. Tak jadi masalah pun. Ada je banyak menu. Lontong biasa tu ada. Nasi ambeng pun ada. Kali ni kami pilih lontong darat ni ha untuk sarapan pagi. Sedap.

LONTONG DARAT

Sudah beberapa kali mencuba menunya, dan ada yang dah ulang beberapa kali pun. Alhamdulillah. Cuma itulah, kena rajin dan sabar beratur la bila sampai cafenya. Kadang awal pagi orang dah beratur. Allahu. Sungguh bagai dikata, tak sedap orang tak sanggup lap peluh yang meleleh dimuka tunggu giliran. Gitu.

Kluang Road Cafe
17, Jalan Pm/6, 32200 Lumut, Perak

Sesiapa disekitarnya boleh la datang mencuba.

Tinta Perdu Cinta ❤
Lontong Darat



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. lontong darat banyak lauknya sedap tu

    BalasPadam
  2. Terkenal juga nama Kluang ni sampai ke Perak

    BalasPadam
  3. Dulu, sy panggil Lontong Kering. Dengan wak wp belajar namanya Lontong Darat. Nampak rupanya tu, sedap. Lontong ni dah femes seantero malaya skrg.

    BalasPadam
  4. Tak tahu kat Seremban ni kat mana ada jual lontong darat. Nak jugak cuba.
    Nak ke kluang jauh bangat sih! hhehhee...

    BalasPadam
  5. kalau sedap pasti ramai sanggup beratur kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama