UDANG CELUP TEPUNG BERAPI

UDANG CELUP TEPUNG BERAPI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah hari ini Allah izin lagi PC kongsi sesuatu. Maaf kalau apa yang PC kongsi buat sahabat rasa tidak selesa. Lebih-lebih lagi makanan. Blog ni PC anggap macam diari kecil. Ada yang PC kongsikan dan ada yang simpan sendiri sahaja.

Kali ni udang celup tepung. Kalau sebelum ni sotong celup tepung kali ni udang pulak. Oleh kerana sebelum-sebelum ni gagal je, bila sekali buat sotong celup tepung jadi, kemudian cuba pulak cara yang sama cuma ganti dengan udang. Alhamdulillah. 

UDANG CELUP TEPUNG BERAPI

Mula-mula sekali baca bissmillah.

Bahan-bahan

Udang  / sotong
Baking powder
Serbuk kunyet
Garam
Telur
Tepung gandum
Tepung bestari
Tepung jagung
Minyak masak

Cara-caranya

1)Udang / sotong dibersihkan kemudian tapis. Letak baking powder secukupnya dan gaul rata jangan letak air. Gaul dan ramas hingga keluar buih. Basuh lagi sampai bersih dan tapis lagi.

2) Gaulkan udang / sotong dengan serbuk kunyet dan garam secukupnya

3) Telur campur dengan tepung gandum jangan letak air. Kacau bancuhan hingga sebati dan pekat sahaja. Tepung gantun juga secukupnya.

4) Masukkan udang / sotong tadi dalam bancuhan telur dan tepung tadi gaul hingga sebati. 

5) Tepung bestari sama ada original atau berperisa campurkan dengan tepung jagung. Gaul sebati. Tak perlu campur air.

6) Ambil satu persatu udang / sotong. Masukkan dalam tepung bestari yang telah digaul sebati dengan tepung jagung tadi. Salutkan sempurna ya.

7) Panaskan minyak dan memerlukan minyak yang banayk, agak-agak tenggelam cantik udang / sotong yang nak digoreng tu nanti ya.

8) Pastikan minyak betul-betul panas ya. Dah panas, silalah goreng ya. Hati-hati.

Maaf ya, PC ni tak reti nak tetapkan kadar sukatan seberapa sebab jenis masak ikut naluri. Agak-agak. En suami kata lulus. Syukur. Makan panas-panas. Rangup. Berapi. Cicah sos. Rezeki semua daripada Allah. Sementara. 

Tinta Perdu Cinta ❤
UDANG CELUP TEPUNG BERAPI


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Nampak sedap dan rangup tu. Lama tak makan udang celup tempung ataupun sotong celup tepung

    BalasPadam
  2. MEMANG SEDAP SANGAT TU PC

    BalasPadam
  3. ooooo maknanya baking powder tu gunanya untuk cuci bersih udang tulah..
    ammi ingat untuk jadi campuran tepung..sbb pernah guna baking powder meletup2 dia..ngeri mak

    BalasPadam
  4. Wah! semua elok bersalut tepung nampak garing yummy!

    BalasPadam
  5. Nanti akak rajin and dah sihat akak buat udang goreng tepung my version and share kat blog ye...macam lama x share resepi kan...

    BalasPadam
  6. macam ayam goreng kfc pulak tepungnya tu

    BalasPadam
  7. Entry makanan Insha Allah tak perna buat kami rasa tak selesa. hehe. kalau terbaca masa puasa anggap sajalah cobaan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama