PAKAI SUSUK TAK BOLEH MAKAN AYAM CUCUK

PAKAI SUSUK TAK BOLEH MAKAN AYAM CUCUK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ZAMAN kecil sampailah sekarang memang tak berubah pantang larang bagi orang yang pakai susuk. Siapa pakai susuk tak boleh lalu bawah ampaian. Tak boleh makan satay. Tak boleh makan pisang emas kalau tak silap. Nanti susuknya tak menjadi. 

PAKAI SUSUK TAK BOLEH MAKAN AYAM CUCUK
AYAM CUCUK DAN SOSEJ CUCUK JUGA

Betul ke? kalau macam tu sesiapa yang pakai susuk pun tak boleh makan ayam cucuklah. Tak gitu. Satay tu diperap, dicucuk pada lidi satay kemudian dibakar. Ayam cucuk pun sama juga dicucuk pada lidi tajam bezanya celup tepung kemudian digoreng, siap tabuk serbuk lada lagi. pedas menyengat oii. Bengkak bibir siapa yang tak tahan pedas tu ha.

Zaman sekarang masih ada lagi ke orang guna susuk untuk naikkan seri wajah atau sebagai pelaris ni. Mungkin adalah cuma PC yang tak tahu. Tapi kalau doa untuk perelok akhlak sebagaimana diperelok diri yang dicipta olehNYA tu memang ada. Boleh diamalkan juga. Baca setiap kali tengok cermin tengah sikat rambut ke, tengah pakai bedak ke. Boleh je amalkan. 

PAKAI SUSUK TAK BOLEH MAKAN AYAM CUCUK

Pakai susuk tak boleh makan ayam cucuk. Jangan sedih, ayam KFC ada. Ayam gunting ada. Burger ayam ada. Tak jadi masalah la. Tak gitu. Pilih jelah mana-mana pun boleh. Hidup ini telah ada landasan yang telah awal-awal lagi Allah tetap dan sediakan. Ikut baik-baik in sya Allah baik hujungnya. Aamiin.

Seram la pulak bila teringat kisah-kisah di Mastika yang dulu-dulu menjadi bahan bacaan diperpustakaan sekolah. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Pakai susuk tak boleh makan ayam cucuk

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Heiiii.. tak sangk tau, PC ni pandai buat lawak juga, hahahhaa.

    BalasPadam
  2. kalau nak selamat elakkan susuk untuk cantik...biar kecantikan asli

    BalasPadam
  3. ilmu pelik2 utk cantik ni ada ja yg mewarisinya

    BalasPadam
  4. masa Kanak2 dulu memang biasa tok2 cakap camtu
    pakai susuk xleh mkn satay, x boleh lalu bawah penyidai kain he hee
    org2 dulu memang suka benda2 susuk ni .skrg xtau la kan ada lg ker?

    BalasPadam
  5. masa kecik-kecik dulu takut dengan cerita hantu purdah yang katanya terlanggar pantang susuk. Entahlah zaman ni masih ada ke tidak. harap amalan khurafat ni akan terhapus

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama