SYUKUR DENGAN NIKMAT SABAR DENGAN UJIAN

SYUKUR DENGAN NIKMAT SABAR DENGAN UJIAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MENGELUH itu tidak bagus tapi kadang sebagai manusia perlu menghela nafas yang berat. Kadang apa yang dirasai berat pada perasaan dan berat juga pada fikiran. Mengeluh bukan tanda tidak bersyukur langsung ya. Kita kan manusia tidak sentiasa ada kekuatan untuk terus menyembunyikan atau bertahan. Boleh jadi menangis. Boleh jadi marah. Boleh jadi bebel. Boleh jadi diam je.

Syukur dengan nikmat. Ada orang ingat nak bersyukur bila dapat nikmat. Kalau tak dapat nikmat pun tetap bersyukur sebabnya bila tengok diri sendiri pun itu dah nikmat yang banyak dan besar juga sebenarnya. Ada orang dapatlah nikmat macam mana pun tetap kata itu atas usahanya sendiri. Tanpa bantuan sesiapa. Lupa agaknya semua atas bantuan dan izin Tuhan. Lebih kita bersyukur lebih nikmat kita dapat. Macam kita berterima kasih dengan orang, bila orang beri, kita ucap terima kasih dan kita hargai mesti orang rasa dihargai dan senang hati nak memberi lagi. 

Sabar dengan ujian. Nak sabar ni susah. Cakap, sebut memang senang. Sabarlah.. sabarlah. Tapi mahu tidak mahu memang kena sabar. Sabar ni bercambah dan wujud daripada ujian. Ujian tu macam acuan, macam tanda aras dan madrasah bentuk hati kita. Sabarnya, cekalnya, redanya. Bermula daripada ujian demi ujian memperbaiki kualiti rasa sabar. Hari ini kita diuji kita sabar cuma 20 peratus je. Esok kita diuji lagi dan sabar kita meningkat menjadi 35 peratus. Begitulah seterusnya sampai ajal menjemput kita nantinya. Sedayanya kita terima dan tanggung, maka sekadar itu sahaja Tuhan uji kita.

SYUKUR DENGAN NIKMAT SABAR DENGAN UJIAN

Nikmat itu adalah ujian. Ujian itu memberi nikmat. Kalau ujian, owh kita tahu jelas ini ujian untuk kita. Tapi kalau nikmat kadang kita tak perasan dan terlupa atau mungkin tak tahu itu sebenarnya ujian. Nikmat boleh jadi ujian untuk kita. Manakal ujian pula boleh jadi nikmat untuk kita. Belum tentu nikmat tu akan terus menjadi nikmat. Macam tu jugalah ujiankan. Bila-bila masa pun boleh bersilih gantu juga. 

Kita manusia. Makhluk-makhluk lain juga. Tuhan yang cipta kita. Disertakan dua buku. Disediakan dua tempat walau cuma satu destinasi yang paling didambakan oleh kita semua. Syukur dengan nikmat sabar dengan ujian.

Tinta Perdu Cinta
SYUKUR DENGAN NIKMAT SABAR DENGAN UJIAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Orang yang sabar pasti akan menang. Cara saya belajar untuk ber sabar ialah dengan banyakkan istighfar dan selalu zikir Asma ul-husna "Ya Sabuur" yang maksudnya Allah Maha Sabar

    BalasPadam
  2. Nikmat pun kadang-kadang ujian jugak. Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dan tak leka dengan kesenangan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama