JUMAAT SETERUSNYA NANTI LEBIH BAIK

JUMAAT SETERUSNYA NANTI LEBIH BAIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALHAMDULILLAH lengkap empat Jumaat dibulan ini. Syukur. Ini Jumaat terakhir dikali ini. Kita sambung Jumaat seterusnya dibulan April. Yahoooo.

Jika Allah izin, bertemu lagi kita Jumaat akan datang. Semoga Jumaat seterusnya masih ada lagi kita di sini. Menjadi Jumaat yang lebih baik untuk kita isi dan gunakan dengan lebih bermanfaat. Bagi PC setiap Jumaat tu macam satu titik permulaan. Penghulu segala hari. Hari yang menjadi permulaan untuk PC. 

Setiap hari berusaha perbaiki diri namun setiap hari Jumaat berganda semangat mahu lebih juga perbaiki apa yang kurang. Mengwjar nikmat dan mahu lebih ganjaran, sesiapa pasti mahu lebih ganjaran kebaikkan untuk kehidupan abadi di sana nanti. Terserah dengan cara masing-masing.

JUMAAT SETERUSNYA NANTI LEBIH BAIK

Mungkin lain orang lain berpandangan. Mungkin hari Jumaat sama sahaja dengan hari-hari lainnya. Cuma mungkin perbezaannya hari Jumaat ada solat Jumaat gitukan. Tapi tidak juga pada PC. Kiamat yang kita tidak tahu bila akan berlaku, akan berlaku pada hari Jumaat. Al Quran diturunkan pada hari Jumaat. Nabi Adam dicipta pada hari Jumaat.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا وَلاَ تَقُومُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat; padanya Adam diciptakan. di atasnya dia dimasukkan ke dalam syurga, di atasnya dia dikeluarkan daripadanya. Dan hari terakhir itu tidak akan berlaku pada hari selain hari Jumaat. (Sahih Muslim-854) RUJUKAN

Hari Jumaat hari istimewa. Bagi orang yang tahu nikmatnya hari Jumaat pasti akan berusaha manfaatkan hari Jumaat yang hadir dengan sebaik-baiknya. Semoga kita salah seorang daripadanya. Aamiin.

Tinta Perdu Cinta ❤
JUMAAT SETERUSNYA NANTI LEBIH BAIK
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam Jumaat PC. Jom baca Kahfi

    BalasPadam
  2. Inspired by the bold street style of NBA YoungBoy Vest , this vest delivers the perfect mix of attitude and fashion. Designed for fans who love standing out, it features a sleek fit, premium materials, and eye-catching detailing that instantly elevates your look. Whether you're hitting the streets, attending a concert, or upgrading your everyday outfit, this vest brings confidence and energy to your wardrobe. If you want a piece that represents real street culture and fearless style, this vest is the perfect choice.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama