KUASA BERKUASA

KUASA BERKUASA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TAHTA dan kuasa. Jika biasa-biasa terkadang tidak dijeling pun walau sebelah mata. Apatah lagi mahu bertegur sapa kecuali ada mahunya senyum,  lisan dan janji lebih manisnya daripada gula. Ada TAHTA boleh jadi BERKUASA dan boleh jadi boneka sahaja. Tapi bila ada kuasa TAHTA bila-bila masa boleh ada dan dicipta semahunya. 

Kuasa berkuasa. Ada yang ingat dan sedar. Ada yang tahu dan takut pada Tuhan tapi tidak kurang yang terlupa. Tidak kurang yang ingkar dan langgar. Ya kuasa berkuasa. Ada masanya sangat berbahaya.  Memusnah semua. Meranapkan banyak rasa dijiwa yang ada dan terkena menjadi mangsa. Terburuk. Tersungkur angkara kuasa BERKUASA cuma gemar membinasa. 

Terkadang tidak kena pada tempatnya. Jauh sekali kena pada waktunya. Asal sahaja ada kuasa. Makan diguna untuk berkuasa. Untuk apa.  Buktikan apa. Kuasa. Besar. Hebat. Digeruni. Apa. Untuk melindungi atau untuk ditakuti. Untuk membantu atau memijak. Demi apa. Belalah. Jagalah. Lindungilah. 

Ada kuasa itu nikmat.  Boleh berkuasa itu amanah dan tanggungjawab. Keluar daripada kebiasaan.  Tidak mulia kerana kuasa berkuasa tapi lebih akan mulia dengan tetap berakhlak bila ada kuasa dan berkuasa. Contohi Rasulullah saw dan para sahabat. Ada kuasa Dan berkuasa namun hatinya tetap milik Tuhan. Cintanya tetap kepada Tuhan. Sedar dirinya akan kembali kepada Tuhan. 

Kuasa akan hilang. Berkuasa akan berganti. Hidup atau mati. Tidak selamanya ada kuasa Dan terus berkuasa. Yang paling dan lebih BERKUASA CUMA ALLAH SWT sahaja. Kalau sekadar mahu menjaga sesuap nasi daripada diperiuk yang ada, Jika kamu menjaga kualiti jenama daripada segenap kemewahan yang dimiliki, jangan lupa semua dunia yang boleh binasa bila-bila masa sahaja. Takutlah dengan azabNYA. Takutlah dengan doa-doa yang dititipkan khas daripada hati-hati dan jiwa yang telah terluka. 

Dunia sementara... 

Tinta Perdu Cinta
Kuasa Berkuasa 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama