MACAM BERADA DI KILANG KOPI

MACAM BERADA DI KILANG KOPI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KOPI siapa yang tidak sukakan. Walau mungkin ada yang tidak suka. Kadang suka tapi tak boleh minum atas sebab kesihatan atau memilih untuk pantang kopi. Keluarga PC sebahagian besar suka minum air kopi. Termasuklah PC sebenarnya tetapi semakin lama semakin tidak boleh. Tapi kan, ada satu jenis minuman berasaskan kopi yang setakat ni PC boleh minum dan alhamdulillah ok. Mula-mula pertama kali beli dan minum masa balik kampung hujung tahun lepas.

MACAM BERADA DI KILANG KOPI
Google Image

Mak mertua PC cakap sedap sebab adik ipar PC rajin membeli, bila beli dibelikan juga mak mertua PC suruh rasa. Bila mak rasa ngam dengan tekak, setiap anak yang balik apa lagi dipromo ke semua. Semua terjebak. Hahahahaha. Mula-mula teragak-agak nak minum. Tawakal jelah. Sekali teguk, sedap. Ok, rasa seakan-akan gula-gula kopiko. Ah, lagi la. lagi dan lagi. Haaaaa. 

Belum tamat lagi. Bila PC dan en suami balik rumah mama babah pulak, en suami pergi beli promo pulak pada mama babah. Semakain ramai yang terjebak. Dah macam M.L.M. Tak manis sangat, tak pahit sangat, sedang elok rasanya. PC pun ok. Bila balik Perak, ada juga nampak jual kopi yang sama. Tapi kali ni PC tak boleh habiskan sebab tersangat manis sangat-sangat. Berhenti dululah beli. Selalu sangat pun bahaya juga. 

Aroma kopi walau kadang kuat, tapi mengasyikkan lebih-lebih lagi kalau ada jiran tetangga yang kaki kopi setiap hari pagi petang siang malam. Syok wo. Macam berada di kilang kopi. Lagi bila ada angin sepoi-sepoi bahasa, bawa aroma kopi panas tu kan. Fuh. macam nak ketuk pintu minta secawan gitu rasanya. Ada orang bau pun dah pening. Bau yang tidak terlalu pekat dan menyesakkan hidung itu bagi PC macam mood booster. Segar mata. 

Tak kisahlah sefanatik apa pun pada kopi atau yang lain-lain, tetap juga kena berpada-pada. Cukuplah sesekali atau jarang-jarang. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Berusaha mengubati lebih baik daripada hanya berserah pasrah tanpa lakukan apa-apa.

Tinta Perdu Cinta ❤
MACAM BERADA DI KILANG KOPI 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kopi Hainan memang sedap.. kita yang hantu kopi sangat suka tapi baru beli sekali sebab takut gula tinggi. Sekarang ni tiap pagi jer minum kopi sambil mengopi sekala sekali hujung minggu.

    BalasPadam
  2. sedapnya dapat minum kopi tapi pantanglah pulak

    BalasPadam
  3. kupi bagi kita terapi..tapi selalu sangat kopi macam ni tak boleh dah ahahha...doc dah warning

    BalasPadam
  4. saya at least 1 cawan sehari mesti kena kopi, kalau tak mengantuk! tapi tak boleh lebih, nanti jantung berdebar2 aje, dan tak boleh tidur pulak!

    BalasPadam
  5. Saya pun suka kopi Hainan ni. Sedap. Beli kat pilah sedap rasanya. Beli kat Segamat macam terlampau manis pulak. Bergantung pada pembuatnya. Suka jenis kaw lagi berbanding manis. Minuman manis ni sesekali minum okaylah. Boleh kira sebulan tu sekali dua je :) Melainkan kalau bercuti/travel.

    BalasPadam
  6. kopi sebenarnya baik untuk kesihatan, cuma jangan terlalu banyak. orang kata paling bahaya kopi 3 in 1

    BalasPadam
  7. Wak jarang2 ngopi
    lebih pada ngeteh

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama