MENJADI PERMASALAHAN SEGELINTIR ISTERI

MENJADI PERMASALAHAN SEGELINTIR ISTERI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TIADA  rumahtangga yang sentiasa tenang. Sesekali pasti ada ujian datang. Cuma ada yang berat dan serius ujiannya. Ada juga yang ala kadar atau ringan dan biasa-biasa sahaja. 

Ada tak rumahtangga yang dari awal bernikah hingga maut memisahkan tidak ada masalah langsung. Tidak ada ujian daripada Allah. Aman-aman sahaja. Damai tenteram sentiasa. Ada tak. Mungkin ada cuma PC yang tidak tahu. Namun sepanjang usia PV sehingga kini alhamdulillah, PC sudah melihat banyak rumahtangga orang lain. Rumahtangga mereka ada cabarannya. Begitu juga dengan rumahtangga PC sendiri.

Dua latar belakang berbeza. Disatukan dengan ijab kabul. Semuanya memerlukan proses. Sepanjang melayari bahtera rumahtangga tentu sahaja ada hal yang memerlukan persefahaman dan keserasian. Bagi PC dalam rumahtangga ada selisih faham sedikit, merajuk-merajuk sedikit, bertegas sedikit, berjenaka sedikit ianya sangat indah dan memberi himpunan rasa yang sempurna. Macam main layang-layang, adakala lepas ada masa tarik ikut kesesuaian. Dan lagi satu pakej. Sekali berkahwin dengan keluarganya.

Sudah tiga perenggan. Bila nak masuk tajuk pula ni ha. Ok, let's go. Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia. Begitulah simbolik membayangkan kemampuan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Namun sejujurnya menjadi seorang wanita, isteri dan ibu bukan semudah yang disangka.

Menjadi permasalahan segelintir isteri. Why. Ada isteri yang sangat beruntung kerana direzekikan dengan keluarga mertua yang boleh menerima seadanya dirinya. baik buruknya. Lebih kurangnya. Bersyukur seorang isteri yang boleh dihormati dan sama-sama dihargai oleh kawan-kawan suaminya tanpa prejudia akan suatu hal.

MENJADI PERMASALAHAN SEGELINTIR ISTERI

Namun begitu, ianya tidak dinikmati orang segelintir isteri. Bila belum dikurniai zuriat, isteri yang disalahkan. Bila suami tidak begitu gemar berkumpul dengan kawan-kawan sambil ngeteh atau ngopi eh isteri juga yang dipersalahkan kononnya isteri kongkong suami dan suami takut isteri. Bila sebahagian besar pendapatan suami diserahkan kepada isteri untuk diuruskan suami tahu semuanya selesai dikata isterinya guna-gunakan suami. Bila balik kampung lebih suka palik ke rumah isteri dan mertuanya dulu dikata isterinya mahu memisahkan suami dengan keluarganya.

Ibu bapa. Mertua. Adik-beradik. Saudara-mara. Kawan-kawan. Jiran tetangga. Berfikiran wajarlah. Matang dalam berfikir dan bertindak serta menilai. Agama itu ada. Hukum itu ada. Peraturan dibuat. Rumahtangga adalah institusi paling dasar yang dibina. Tentu sahaja ada prinsip dan perbincangan serta persetujuan antara sepasang suami isteri. Berada dikasut masing-masing, adalah mustahil untuk tahu segalan luaran dan dalaman. Justeru itu adalah lebih manis saling mendoakan sahaja ya. Kalau doakan yang baik-baik untuk orang lain, nanti malaiakat mendoakan yang baok-baik juga untuk kita terima kebaikkan yang berganda lebih baik. 

Tinta Perdu Cinta ❤
MENJADI PERMASALAHAN SEGELINTIR ISTERI  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. alhamdulillah.
    nasib yg berbeza.
    Doa yg baik2
    masa anak dara dulu arwah mak memang cukup risau dan pesan
    apa yg dia lalui jgn dilalui anak2 gadisnya.

    BalasPadam
  2. Masalah rumahtangga kena pandai urus antara suami isteri dengan suami kedepan sebagai ketua keluarga. Kalau dah mula menerima campur tangan pihak luar, selalunya makin keruh. Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berterabur.

    BalasPadam
  3. Serba serbi tak kena bila dah bergelar isteri kerana tidak semua manusia dilahirkan sempurna dan manusia memang suka mencari kesalahan manusia lain seolah dia sahaja yang betul.

    BalasPadam
  4. dana antara yang mungkin bernasib baik bila dapat keluarga mertua yang baik, yang ipar duai juga tak pernah masuk campur urusan rumahtangga kami. Syukur yang tak terhingga

    BalasPadam
  5. Menjadi pemerhati, masih dapat merasai apa yang dialami. Asal nama manusia, ada kala baik, ada kala tak.

    BalasPadam
  6. Memang mencabar sangat nak kekalkan kebahagiaan rumah tangga tu sampai ke akhir hayat. dulu sebelum kahwin ingatkan kahwin ni best sangat2 langsung tak ada masalah, rupanya itu cuma drama jer lah. Hakikatnya semua rumahtangga ada isu dan masalah, cuma iman dan cinta je yang menjadi penyelamat rumahtangga tu. Wallahualam

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama