SENYAP-SENYAP MEMBUNUH

SENYAP-SENYAP MEMBUNUH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Sedar diri bukan pembunuh
Berasakan tidak pernah membunuh
Tidak terlibat dengan jenayah besar itu
Minta dijauhkan
Minta dihindarkan
Minta tidak mendekat

Tanpa disedari
Kita ini manusia
Selalu dan suka berlisan
Akan sentiasa bertindak
Ada tingkahlaku
Mendatangi
Didatangi

Boleh sahaja sebenarnya
Senyap-senyap membunuh
Membunuh dengan sangat kejam
Sangat menakutkan
Bukan hanya sekali
Tidak mustahil berkali-kali

Membunuh dengan apa
Membunuh dengan lisan
Lebih pedih
Lebih sakit
Lebih terluka yang dalam

Ya dengan lisan
Membunuh yang seperti tidak membunuh
Namun mematikan dalam jasad yang masih utuh
Membunuh semangat
Membunuh cita-cita
Membunuh rasa pada jiwa raga

SENYAP-SENYAP MEMBUNUH

Mungkin ada yang terfikir
Atau
Langsung tidak mahu fikir
Kerana
Lisan itu salah satu hak

Sangat menyediahkan
Berapa ramai yang benar-benar memilih kematian
Membunuh diri terpaksa
Cara yang salah
Angkara awalnya senyap-senyap lisan terdahulu membunuh

Hentikanlah

Tinta Perdu Cinta ❤
SENYAP-SENYAP MEMBUNUH

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. KESILAPAN WALAU XTERSENGAJA AMAT MENYEDIHKAN MENDERA RASA AMAT

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama