TEGUH SEBAGAI SATU PASUKAN

TEGUH SEBAGAI SATU PASUKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Asalkan lebih daripada seorang. Itu pasukan. Walau cuma dua orang sahaja pun. Nak tubuhkan pasukan sangat-sangat mudah. Nak pertahankan pasukan itu yang susah. Lebih-lebih lagi nak satukan hati. Nak pasakkan satu matlamat. Terkadang berpecah kerana tidak lagi sehaluan. Justeru niat utama kerana Allah SWT. Kemudian jelas visi dan misi. Betul pentadbiran dan naungannya. Sama-sama sesuara. 

TEGUH SEBAGAI SATU PASUKAN
Siapa kita sekarang adalah hasil pasukan kecil daripada ibu ayah kita dulu yang melahirkan, mengasuh dan menjaga kita. Kalau sekarang kita menjadi suami atau isteri,  kita dengan pasangan halal dan sah adalah satu pasukan termasuklah anak-anak juga. Kemudian baharulah dengan adik beradik,  saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya. Satu pasukan.

Teguh sebagai satu pasukan kerana Allah. Ini yang sedikit susah. Setiap kita ada hak untuk membina matlamat dan niat masing-masing. Ikut kehendak seperti yang direncana. Kadang awalnya bersatu tapi pecah dipertengahan. Sebarang kemungkinan boleh sahaja terjadi. Tapi percayalah, teguh sebagai satu pasukan itu banyak indah dan manisnya. Banyak masalah boleh diselesaikan dengan lebih mudah dan lebih cepat juga. Boleh lebih cepat melangkah ke hadapan mencapai matlamat. Beban boleh diringankan kerana dikongsi bersama-sama.

Teguhkan sebagai satu pasukan. Ketika mengusahakan sesuatu yang baik. Semasa mendepani sebarang masalah. Sewaktu melihat rebahnya semangat hamba-hamba-Nya. Cukup berteraskan ukhuwah kerana Allah SWT. Niat jangan banyak pusing. Jangan banyak mahunya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta 
Teguh sebagai satu pasukan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama