AMBIL HIKMAH RAMADAN

AMBIL HIKMAH RAMADAN 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Ramadan datang juga pergi
Tiga puluh hari dalam setahun
Jangan sia-siakan nikmat rezeki
Merana diri nangis meruntun

Setiap tahun Ramadan menjelma 
Rezeki berjumpa belum tentu
Bila ditinggal mesti diqada
Bayar fidyah bila perlu 

Ramadan tiba mewah berkat
Madrasah indah menyuci jiwa 
Rajin ibadah jangan berat
Persediaan kembali ke Maha Esa

Ambil peluang gandakan ibadah
Hidup di dunia kumpul pahala
Dunia akhirat mudah-mudahan mudah
Mengadap PENCIPTA wajah bercahaya

AMBIL HIKMAH RAMADAN

Sederhana juadah atas meja
Jangan lupa makan kurma dahulu
Jadikan Ramadan ini titik mula
Ubah segera mana yang perlu

Tinta Perdu Cinta ❤
AMBIL HIKMAH RAMADAN 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. PANTUN NASIHAT YG INDAH BERMANFAAT

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..berpeluang lagi bertemu Ramadhan lagi.
    InshaAllah...

    BalasPadam
  3. nak balas pantun tak pandai la kak PC. semoga kita sama-sama mendapat pahala dan keampunan di bulan mulia ini

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama