TIDAK ADIL UNTUK KAUM HAWA

TIDAK ADIL UNTUK KAUM HAWA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PEREMPUAN, wanita, kaum hawa dan seangkatannya, sebutan berbeza tapi makna yang sama serta merujuk orang atau jantina yang serupa. Lahir dan dilahirkan sebagai perempuan itu satu nikmat yang sangat-sangat indah dan luar biasa. 

Syukuri. Nikmati. Jangan salah guna dan jangan menyakiti sesama wanita. Sebaliknya sentiasa saling membantu dan memberi sokongan. Bukan menjatuhkan. Bukan ditikam dari belakang dan jangan diperdagangkan.

Menjatuhkan?. Ya. Baik daripada sesama atau dijauhkan oleh kaum berlawanan iaitu kaum adam. Kaum hawa bukan letaknya di atas kepala untuk dijunjung. Tidak di bawah untuk dipijak tapi pimpin disisi untuk dilindungi dan dibimbing menjadi wanita muslimah solehah. Selayaknya sesuai situasi dan status. Jangan pulak kaum Hawa mesti dilindungi, disayangi,  dihargai dan dihormati, semua kau rembat termasuk anak,  bini, adik,  kakak orang pun kau belasah semacam. Faham. Itu meminta namanya. 

Tidak adil untuk kaum hawa. Hal ini terjadi. Pernah terjadi, sedang masih terjadi dan tidak mustahil berterusan berlalunya. Apa? Cuba tengok sekeliling kita. Dalam keluarga. Kawan-kawan. Saudara mara. Semua pelusuk ada. 

Bila suami lebih sedikit beri perhatian pada isteri, isterinya dituduh guna gunakan suami. Kawal suami. Mudahnya la menilai, lagi sedih yang cakap tu kadang-kadang sama-sama perempuan juga. Itu yang lebih mencabar sebenarnya. Sedap je cakap ya. Bukan main lagi. 

Bila lama kahwin tak ada anak, si isteri juga dituduh mandul dan tidak berguna. Lebih baik bertindak dan kawin lain. Tajamnya kata-kata. Adalah lebih baik pergi ke hospital. Jumpa pakar yang berkenaan dan berkaitan, tanya dan ingat apa yang doktor cakap. Adakah cuma isteri yang mesti dipersalahakan seratus peratus apabila berkahwin tapi lamba untuk mendapatkan zuriat. Adududududu. 

TIDAK ADIL UNTUK  KAUM HAWA

Bila gosip cerita itu ini biasa perempuan juga dikata mulut tempayan. Tak boleh simpan rahsia. Tak pandai cover line kekdahnya. PC pernah jumpa dan pernah berada dalam kelompok manusia yang memang jenis kuat, suka dan gigih dalam bab bersembang ni. Bukan sembang kosong, tapi dipenuhi dengan cerita-cerita orang lain disebarkan ha. Lelaki ya. LELAKI!!!!!. Bila kaum adam ni mulutnya ringan je, lebih mengerikan berbanding orang perempuan. 

Bila rumah bersepah, tak reti masak dan berkemas pun salah perempuan juga tak pandai urus urusan rumah dan rumahtangga. Mungkin ada betulnya juga. Tapi tidaklah seratus peratus. Kalau si isteri tu tak begitu pandai kemas rumah, kalau suami boleh kemas, kemaslah. Sama-sama buat. Saling bantu dan saling belajar. Kalau asyik menyalahkan sampai bila pun tak ada kesudahannya juga.

Bila anaknya nakal, ibu juga disalahkan kerana duduk rumah tak reti urus didik anak dengan baik. Alahai. Anak tu anak ibunya je ke. Bapaknya belalang ke. Walau mungkin ibu yang lebih banyak masa di rumah dengan anak berbanding ayah, tidak bermakna urusan didik anak semua lepas pada isteri. Cari nafkah  memang cari nafkah, tapi jangan itu je. Sama-samalah didik anak.

Banyak lagi. Macam-macam lagi. Tapi yang Sedihnya terkadang yang bercakap dan menuding jari itu adalah kaum hawa sendiri. Kalau kaum adam yang bercakap barangkali kau terlupa ya kau lahir dari rahim seorang ibu yang juga wanita. Hehe. 

Tidak adil kalau semua perlu digalas oleh kaum hawa setiap tudingan yang menyakitkan. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TIDAK ADIL UNTUK  KAUM HAWA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bukan mudah menjadi kaum hawa, sakit kan kak pc pelbagai tohmahan kena terima. Sabar redha dan ikhlas moga Allah berikan ganjaran hebat :) Semoga kak pc sihat selalu.

    BalasPadam
  2. WANITA KEJADIAN ALLAH SERBA INDAH PERLU DILINDUNGI KELEMAHANNYA

    BalasPadam
  3. Betull...x mudah untuk semua itu..memang semua yg disalahkan wanita...belum kira lagi wanita yang ada status macam akak...buat baik macam mana pun...org x pandang...malah dikeji lagi ada...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama