JUJUR TIDAK HINGGA MEMBUKA AIB

JUJUR TIDAK HINGGA MEMBUKA AIB | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BAGUS kalau ada sikap jujur. Salah satu sikap para nabi dan rasul. Jujur ketika menyampaikan. Jujur ketika berbicara. Bila berbohong jadi munafik. Berat hukumnya tu. Tetapi jujur yang bagaimana. Jujur seperti apa. Wajar atau tidak wajar. 

Mungkin satu hal yang kadang dilupakan atau dilanggar oleh sesetengah kita ketika bersikap jujur adalah melebihi batas sehinggakan tahap membuka aib. Lebih sedih bukan cuma buka aib sendiri malahan buka aib orang lain juga. 

Jujur itu bagus. Buka aib itu sangat-sangat tidak bagus. Jujur tanpa membuka aib boleh-boleh sahajakan. Kalau dihitung pasti tidak terhitung banyaknya aib kita. Sebab apa orang lain tak tahu?. Sebab Allah SWT tolong tutupkan. Allah SWT tolong selindungkan. Jadi kenapa mesti diri sendiri yang gatal canang sana sini situ. 

JUJUR TIDAK HINGGA MEMBUKA AIB
Pupuk rasa malu pada diri

"Aku jujur". "Aku mahu jadi tiang baik". Bukan dengan cara jujurnya itu buka aib. "Aku tak buka aib orang,  aku buka aib aku sendiri". Assalammualaikum.. Itu pun tak boleh. Awak tetap ada keluarga yang ada maruah perlu dijaga. 

Konsepnya adalah..  Ada orang tak peduli pun tentang kita.  Ada orang peduli lain macam. Bab yang peduli lain macam ni yang kena jaga-jaga. Mahu disiasatnya sampai liang lahad. Lebih tak seronok kita mati pun yang aib tu masih dicanang kencang rancak. 

Jadi, tidak salah nak bersikap jujur. Tapi, jangan sampai buka aib diri sendiri dan orang lain. 

Tinta Perdu Cinta ❤
JUJUR TIDAK HINGGA MEMBUKA AIB


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allah dah sorokkan dosa kita, tak perlu nak cerita. kalau atas niat berkongsi pengajaran pun kena pandai menyusun ayat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama