TIDAK MUDAH SEPERTI MENULIS ATAS SEHELAI KERTAS

TIDAK MUDAH SEPERTI MENULIS ATAS SEHELAI KERTAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sangat banyak Allah SWT beri kemudahan kepada hamba-hamba-Nya. Kepada setiap makhluk juga.  Cuma diterima, diperlakukan dengan cara masing-masing ikut kesesuaian. Kita manusia dengan cara kita. Tumbuhan dengan cara tumbuhan. Haiwan pun begitu jugalah dengan caranya. Olah nikmat dengan kaedah yang berbeza daripada pemberi yang sama iaitu Allah SWT.  Alhamdulillah. 

Sangat-sangat mudah DIA mahu memberi serta mengambil kepada dan daripada kita semua.  Berbanding kita hamba-hamba-Nya. Semuanya tidak mudah seperti menulis atas sehelai kertas. Takdir kita telah siap. Namun kita yang diizinkan hidup ini setiap hari akan ada sahaja pelbagai rancangan atau impian yang mahu dikotakan menjadi kenyataan. Kota itu berdiri atau roboh.  Bermacam kemungkinan itu ada dan tidak mustahil. 

TIDAK MUDAH SEPERTI MENULIS ATAS SEHELAI KERTAS

Kita melukis,  menulis,  mewarna tentu sahaja ada silap-silapnya. Boleh diperbetulkan atau mungkin boleh diganti dengan kertas yang baharu dengan cepat dan mudah. Mana boleh dipadam maka dipadamlah bersungguh-sungguh. Dalam hidup ini tidak semua perkara boleh dilakukan semudah itu. Mungkin ada yang ambil mudah dalam banyak hal, tidak kisahlah apa pun alasannya, namun sesuatu yang telah dan sedang terjadi tidak boleh diundur. Lantaran sudah menjadi sejarah dan kenangan. 

Apa sahaja kata-kata, perbuatan,  tanggungjawab yang mesti dilunaskan semuanya tidak semudah menulis atas kertas. Begitu jugalah kita mahu menjadi hamba yang baik,  yang taat pada suruhan-Nya dan akur pada setiap larangan-Nya. Tidak mudah sebab itulah ganjarannya sangat-sangat istimewa. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Mudah Seperti Menulis Atas Sehelai Kertas 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama