BILA RAMADAN

BILA RAMADAN

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Kurma sering dicari-cari 
Sentiasa disebut-sebut 
Selalu ada disetiap kediaman
Menjadi rutin 
Kalau tidak seharian
Cukup sebulan penuh

Bukan tidak dibulan yang lain
Tapi bulan ini sedikit berlainan
Istimewa kerana semua Allah SWT gandakan 
Semua mula berlumba-lumba
Gandakan amal kebaikkan 
Moga-moga terbawa hingga tamat Ramadan 

BILA RAMADAN

Bila Ramadan

Lubuk pahala
Lubuk rezeki
Jangan sangka tidak ada lubuk dosa
Tidak mustahil semua pahala mengalir habis begitu sahaja
Jangan pelik gudang dosa semakin bertambah saiznya

Jangan memperguna alasan Ramadan
Pada urusan yang memang dituntut perbuatannya
Jangan keruh dan kaburkan Ramadan
Buat baik sepanjang usia
Ramadan datang dan berakhir
Ramadan kembali dan berulang
Kita belum tentunya di sini

Sekian

Moga bertemu lagi Ramadan

NOTA PC  : Ramadan ini indah tapi hati ini selalu hiba

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama