SEMENTARA MASIH HIDUP

SEMENTARA MASIH HIDUP  | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MATI ITU PASTI!!. SEMUA orang tahu. Sedia maklum. Cuma kadang buat tak tahu atau mungkin terrrrrrlupa la agaknya tu. 

Ada orang dengar perkataan mati je pun dah gerun nangis gigil-gigil sebab ingat dosa yang dilakukan sedangkan taubat belum seberapa. Ada orang alah, biasa je macam tak ada apa-apa pun. Mati?.. matilah, nak takut apa. Kau ingat boleh hidup balik ke dunia semula ke?. 

Janganlah berlagak atau angkuh. Dengan apa yang kita ada. Memang tak semua. Ada je yang semakin mewah rezeki, semakin giat memberi. Ada tau. Ada juga sebaliknya. Banyak dapat makin haloba pulak. Usaha, kerja tu semua perantara je. 

SEMENTARA MASIH HIDUP


Jalan cerita dan garis waktu hidup kita ni tak sama. Walau adik beradik seibu sebapa. Akan ada jalan cerita masing-masing. Gabungan antara takdir yang tidak boleh diubah, usaha dan doa-doa kita. Dulu sebut mati, bila dah tua. Lazimnya begitulah. Jarang anak kecil, remaja atau dewasa mati. Ada, cuma yang biasanya orang tua-tua. Tapi tidak sekarang. Rasanya lebih kerap dengar remaja dan dewasa awal 30-an mendahului kembali kepada PENCIPTA. 

JANGAN NANTI-NANTI. SEMENTARA MASIH HIDUP.. andai ada hutang, jelaskan. Jika ada ambil hak orang kembalikan. Kalau ada buat salah hulur tangan meminta maaf. Yakin banyak dosa, taubat kepadaNYA. Ya, sementara masih hidup. Selagi bernafas. Dah mati semuanya dah tak ada keperluannya melainkan ganjaran amalan dulu. Nak selamatkan diri. Orang nak pulangkan pun kita dah tak nak. Kalau kita yang nak pulangkan pun sama, orang dah tak mahu lagi. Jangan fikir orang lain saja besar kesalahan dengan kita. Mana tahu kita juga begitu. 

NOTA PC  : takut
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama