BILA ADA TUJUAN BOLEH PULA ADA KESEMPATAN

BILA ADA TUJUAN BOLEH PULA ADA KESEMPATANبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Hihi. Hal BIASA. BUKAN PERKARA PELIK ATAU ANEH. TUJUAN. KESEMPATAN. Nak kenal sahabat tengok siapa yang ada dengan kita waktu kita susah, sakit dan sedih. Siapa dengan kita tu tidak semestinya sentiasa disisi, kalau dipisahkan jarak pun dia masih boleh dan selalu ambil tahu, ambil berat itu pun sudah besar nikmat.

Nak tahu siapa kawan tengok siapa yang datang dekat waktu kita senang, gembira dan sihat. Nak tahu siapa musuh ini susah sikit sebab manusia hebat berlakon cuma sejauh mana boleh bertahan nak berlakon itu penentunya warna sebenar muncul. TUNGGU sahajalah bila. Boleh jadi lambat. Tapi biasanya cepat je.

Bila ada tujuan boleh pula ada kesempatan. Mana kawan. Mana sahabat. Mana saudara. Mana. Sebenarnya semua sentiasa ada cuma tidak semua selalu sentiasa mahu mendekat dan membantu. Ada munculnya bila ada mahunya. Ada munculnya bila cuma dipaksa dan diseru.Tidak boleh juga disalahkan kerana setiap kita ada cara hidup masing-masing. Ada tuntutan yang perlu dipenuhi.Cuma berharap dan berdoa agar tidak munculnya diri ini dan orang lain bila cuma ada mahunya. 

BILA ADA TUJUAN BOLEH PULA ADA KESEMPATAN

Tujuan. Kesempatan. Ada yang ada tujuan tapi tiada kesempatan. Ada yang ada tujuan dan usaha disempat sempatkan juga. Biasanya bila ada tujuan tentu akan ada kesempatan macam mana pun itu. Tidak boleh tidak. Ibaratnya tu, dimestikanlah. Ha gitu. Kecuali ajal mendahului. Itu memang tak boleh nak buat apalah. Tujuan ni dah jadi macam api marak. Marak, dijirus pulak dengan minyak. Bertambah-tambah lagi la maraknya. Gitu.

Kawan bersilih ganti tapi sahabat itulah sampai nanti. Nanti kita mati. Nanti dia mati. Entah siapa dulu itu sahaja bezanya.Begitulah kehidupan. Dan sebenarnya, sesiapa sahaja, ada banyak tujuan dalam hidupnya. Ada juga kesempatan mahu merealisasikan apa tujuan yang telah dirangka.

NOTA PC  : tujuan tidak sama.. cara mengambil dan mengisi kesempatan juga pelbagai cara.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hakikatnya ramai orang macamni PC.. masa dia nak minta tolong kita, pandai pula buat2 ramah, buat2 baik. Pandai ambil kesempatan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama