MENCARI SAKSI
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
Pergi pekan naik teksi
Balanja dapur seminggu sekali
Begitu begini lincah beraksi
Kebenaran pasti akan muncul nanti
Tongkat Nabi Musa ada sakti
Mukjizat dari DIA kepada nabi
Mencari saksi sebagai bukti
Cara di dunia membela diri
Enak sungguh urap beremi
Duduk dianjung makan beramai-ramai
Diam di dunia jangan disangka mati
Bakal bangkit di akhirat menjadi saksi
Sesekali makan di dalam talam
Erat ukhuwah sesama teman
Walau berselindung digelap malam
Tetap terang dipandangan Tuhan
Indah kenangan mandi di perigi
Air ditimba berselang seli
Mahu apa dan bagaimana lagi
Bukankah Allah SWT itu sentiasa memerhati
Katil dipilih daripada besi
Bukan bererti kayu tidak berkualiti
Apa lagi yang sedang dibasa basi
Sedangkan para malaikat tidak tidur menyaksi
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Pergi pekan naik teksi
Balanja dapur seminggu sekali
Begitu begini lincah beraksi
Kebenaran pasti akan muncul nanti
Tongkat Nabi Musa ada sakti
Mukjizat dari DIA kepada nabi
Mencari saksi sebagai bukti
Cara di dunia membela diri
Enak sungguh urap beremi
Duduk dianjung makan beramai-ramai
Diam di dunia jangan disangka mati
Bakal bangkit di akhirat menjadi saksi
Sesekali makan di dalam talam
Erat ukhuwah sesama teman
Walau berselindung digelap malam
Tetap terang dipandangan Tuhan
Indah kenangan mandi di perigi
Air ditimba berselang seli
Mahu apa dan bagaimana lagi
Bukankah Allah SWT itu sentiasa memerhati
Katil dipilih daripada besi
Bukan bererti kayu tidak berkualiti
Apa lagi yang sedang dibasa basi
Sedangkan para malaikat tidak tidur menyaksi
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Pantun
setiap perbuatan dan hati kita ada yang mencatat. tanpa kita sedar, setiap amal ibadat kita di catat dan akan dibawa ke hari perhitungan nanti.
BalasPadamBetul sangat2 Shu...yang ingat berhati-hati...yang lupa langgar sesuka hati...
Padamsaksi sentiasa ada menjadi penguam pendakwa di mahkamah Allah
BalasPadamBetul...sampai masa dia muncul nanti.
PadamIndeed PC, setiap perbuatan kena pastikan ianya menjurus kita ke mana kelak..
BalasPadamKalau sudah biasa in shaa Allah mudah kita laksanakan.. Jika sebaliknya, teruskan usaha perbaiki diri.. LZ berkata untuk diri sendiri juga..
Untuk PC juga ni kak...amaran untuk diri sendiri juga sebenarnya ni...
PadamApa je yang kita buat akan dipertanggungjawabkan di akhirat.. di dunia mungkinlah terlepas, namun di akhirat.. bersiap sedialah..
BalasPadamBetul...nak bayar di sana tu...Allahu.
Padamnice pantun. i tak pandai. banyak nak kena digest ni.
BalasPadamHehehe..PC pun mcm pandai..sebenarnya ke lautan juga bila berpantun.
Padamitu lah kadang2 manusia ni takut apa org kata takut org nampak tp xtakut pulak Allah yg xpernah tido menyaksikan segala tingkah laku kita ......tq atas peringatan sis...
BalasPadamSetuju!!!!!..dahulukan kata-kata manusia ya...kemudiankan arahan Tuhan..Allahu..nauzubillah.
Padampergi ke pekan menjual kain
BalasPadamkain dibeli si juragan desa
apa yang dilihat berlaku pada orang lain
Peringatakan buat kita jua dari yang esa
hehehe#irdacuba PC..
Betul...apa je yang berlaku sekeliling kita pasti ada sebabnya.
PadamHureyyyyy Irda berpantun.
Sentiasa mengingatkan diri.sulaya sentiasa ingat Bahasa segalanya ini Akan Di tulis
BalasPadam