Hujung Minggu Waktu Bersantai

HUJUNG MINGGU WAKTU BERSANTAIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Lima hingga enam hari penuh dengan pelbagai aktiviti, walau sekarang ada yang telah mula bekerja daripada rumahkan, tetap sahaja berasa letih dengan kegiatan masing-masing. Maka tidak hairanlah hari Sabtu dan Ahad, atau Jumaat dan Sabtu digunakan dengan cukup sekadar bersantai-santai sahaja. Beriadah dalam rumah dengan cara masing-masing. Paling tidak pun belek pokok bunga. Baja pokok mempelam depan rumah. Bak kata babah, "tak boleh pergi mana-mana boleh pergi kebun belakang  rumah, pergi kebun tak payah pakai mask''. Hahahaha. Siap ada sambungannya lagi tu..''puhh..puhhh harap jiran sebelah tak datang ajak sembang kat kebun''. 

Bersantai dalam situasi norma baharu memang terasa janggal dan ada yang merasakan sangat tepu kepala otak. Sangat menekan perasaan. Tidak lagi boleh jauh perjalanan atau penerbangan dan luas pemandangan juga. Sementara ini tidak boleh lagi. Tidak diperbolehkan pun walau mahu dan jiwa meronta-ronta bagi sesetengah orang. Sebahagian daripada kita. Tiada siapa yang mahu hidup terkongkong dan dentiasa ada yang memantau. Keluar lorong ini pihak berkuasa tanya. Masuk lorong situ orang pandang. Rimaskan. Bosankan. Ah semua tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Siapa cakap.

Sebelum situasi sekarang telah banyak aktiviti, kegemaran, keinginan, impian dan apa yang direncana telah terlaksanakan. Cubit sedikit pada sisi baiknya. Redakan sedikit rasa yang celaru dengan nikmat yang telah dikecapi. PC pun kadang terlajak juga, terlajak tak tahu bersyukur padahal usia-usia yang dipinjamkan sebelum ini telah banyak digunakan dengan menikmati banyak nikmat. Hujung minggu waktu bersantai pun diisi dengan pelbagai aktiviti. Apa pun nikmat yang sebelum-sebelum ini sangat perlu disyukuri. SANGAT perlu.

Santailah. kalau sangat sibuk pun tetap perlu cari waktu untuk sanati. Santai tanpa memikirkan urusan dunia. Santai dengan tenang. Lebih-lebih lagi ketika berkomunikasi dengan PENCIPTA.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Hujung minggu waktu bersantai
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. smg hujung minggu ada masa utuk bersantai dgn pencipta... Dah nak msk PKP ni ada byk masa kat umah hujung mgu...

    BalasPadam
  2. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU PC MESTI DH MKN THARI NI

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama