Bulan Ketujuh 2021

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BULAN KETUJUH 2021. Alhamdulillah. Semoga semua diberi kesihatan dan dilancarkan segenap urusan. Dan doanya bukan cuma mudah urusan duni tapi lebih-lebih dan lebih mudah lagi urusan akhirat nanti. Aamiin. Dah masuk bulan Julai. Allahuakbar. Seperti biasa dirasakan hari semakin cepat berlalu. kejap siang. Kejap dah malam. Tengok jam kejap dan jam dua belas tengahari. Nanti kejap dah azan asar. Begitulah kita sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing. Masa tidak akan menanti kita cuma kita yang mesti urus dan isi masa sebaik-baiknya ya. 

Bulan Ketujuh 2021

Tiga puluh satu hari. Tolak hari ini bererti masih berkaki tiga puluh hari lagi berada dibulan Julai ini. Untuk kita pun kita tidak tahu berapa hari lagi. Rahsia. Kalau mungkin sebelum-sebelum ini banyak hari yang dilalui tidak begitu terisi dengan baik ambil kesempatan sekarang. Andai sebelum ini yang telah berlalu lebih banyak yang hambar, kali ini maknakan sebaik-baiknya. Seimbangkan setiap hari yang direzekikan dengan paling dan sangat maksimum ya. Ibadah dan kerja serta rehat. kan kita nak hidup senang dua dunia. Dunia dan akhirat. Betul tak.

Bulan Julai tahun ini tidak sama bulan Julai tahun lepas. Bulannya sama tapi cerita dan pengisiannya tentu ada yang berbeza. Apa sahaja kisahnya nikmati dan selalu berterima kasih kepada Allah SWT. Semoga Julai ini menjadikan kita manusia lebih baik berbanding semalam yang sudah berakhir.

Sekian
Tinta PC
Bulan ketujuh 2021



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam bulan ke-7 CP .... moga bulan ni akan lagi byk kebaikan yg kita dapat :)

    BalasPadam
  2. Selamat dtg bulan julai sekejap je masa kan pejam celik pejam celik dah masuk bulan 7

    BalasPadam
  3. alhamdulilah. kejap jaa da masuk bulan 7 kann :)

    BalasPadam
  4. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 7 kann kak PC. Semoga bulan 7 ni baik baik saja berbanding bulan bulan sebelum ini.

    BalasPadam
  5. my favorite month, july! bday month! hihi

    BalasPadam
  6. Fav month juga bulan julai ni PC :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama