SAMBUNG PULA KE BULAN MAC

SAMBUNG PULA KE BULAN MAC | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALHAMDULILLAH mula hari pertama lagi tapi kali ini di bulam Mac pula. Syukur sangat-sangat. Sehingga kini, detik ini masih lagi Allah izin PC dan kita semua bernafas. MasyaAllah. baik sangat-sangat Allah pada kita hamba-hambaNYA.

SAMBUNG PULA KE BULAN MAC

Sudah melangkah di bulan ketiga. Apa yang sudah terlaksana dan apa yang dalam proses untuk menuju penyelesaian. Tidak kisah di mana pun takuknya asalkan selalu bersemangat, rajin dan terus ada usaha yang dilakukan itu sudah sangat-sangat baik. Teruskan.

Target jangka pendek. Target jangka panjang. Ada juga yang bersambung-sambung dari tahun ke tahun. Boleh je dan mengapa tidak. Asalkan hal itu sesuatu yang baik. Tiada kata gagal selagi kita usahakan sedaya upaya. Kalau benar-benar berhenti dan tidak berhasil boleh jadi itu suatu yang kurang berjaya.

Sekarang sudah masuk ke bulan tiga. Nanti sekejap je dah bulan April pula. Dah nak puasa kita semua umat Islam. SubhanaAllah. jangan anggap lama lagi nak masuk bulan April, macam je lama lagi sebenarnya sekejap je pun.

Kurangkan fokus pada hal yang tidak-tidak. Lebihkan fokus pada perkara yang bermanfaat. Umur ni tak boleh diteka. Jadi, mungkin perlu lebih memilih jugalah, dalam hal-hal tertentu.

Tinta Perdu Cinta ❤
SAMBUNG PULA KE BULAN MAC



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Kejap je dah masuk bulan Mac kan Kak. Semoga yang baik baik je dihari mendatang. Aaminn...

    BalasPadam
  2. Salam Israk Mikraj dan Salam bulan Mac PC ...

    BalasPadam
  3. Selamat menempuh Mac, PC. Salam Israk Mikraj.

    BalasPadam
  4. Salam Israk Mikraj PC.. sekejap ja dah masuk bulan baru dah kan..

    BalasPadam
  5. semoga dipanjangkan umur kita sampai bertemu Ramadan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama